Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kemenangan MUDA Atau DAP?

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) tidak boleh berbangga konon mencatat kemenangan sulung pada...

Banduan Berak Dalam Mahkamah,...

NEW ORLEANS - Seorang lelaki yang didakwa membelasah ibu teman wanitanya sehingga mati,...

Kanak-Kanak Terperangkap Akibat Disumbat...

RAWANG - Gurauan melampau seorang bapa saudaranya menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki terperangkap hampir...

Pelajar Tahfiz Mati Dipercayai...

TEMERLOH - Seorang pelajar pusat tahfiz di Lanchang di sini maut dipercayai dipukul...

Pecah Amanah Barang Kemas, Dipenjara Tiga Tahun

KUALA LUMPUR – Seorang eksekutif jualan kedai emas dihukum penjara tiga tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan pecah amanah dengan mengambil empat utas rantai tangan emas dan lima utas rantai leher emas milik majikannya bernilai RM70,000.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Choong Pow Yook, 33, ibu tunggal kepada seorang anak selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Wanita itu didakwa sebagai penyelia yang diamanahkan dengan rantai milik Wah Chan Consolidated Sdn Bhd, telah melakukan pecah amanah dengan curangnya menyalahgunakan harta itu.

Kesalahan tersebut dilakukan di Wah Chan Consolidated, Berjaya Times Square, Jalan Imbi, di sini antara 10 pagi dan 10 malam pada 5 Mei 2017 mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 14 tahun dan dengan sebat serta denda.

Mahkamah memerintahkan wanita itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 16 Mei 2018 (semalam) dan penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya S. Malini Anne memohon hukuman setimpal atas alasan kesalahan yang dilakukan tertuduh serius selain mengambil kira kerugian yang dialami oleh majikannya.

Choong yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan ini kesalahan pertamanya dan dia melakukan kesalahan itu kerana terdesak dan memerlukan wang untuk menanggung anaknya yang berusia sembilan tahun.


Mengikut fakta kes, pengurus kedai emas tersebut yang merupakan pengadu dalam kes ini telah membuat laporan polis terhadap tertuduh setelah mendapati wanita itu telah mengambil rantai emas tersebut dan menjualnya kepada pelanggan yang berada di luar kawasan kedai terbabit tanpa pengetahuan pengadu.

Perkara itu disedari majikannya apabila barangan di dalam kedai berkurangan dan tiada penjualan dilakukan.

Pengurus kedai telah bertanyakan hal itu dan tertuduh mengakui telah mengambil dan menjual barang kemas tersebut. – BERNAMA

Kategori