Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tahaluf Siasi PAS Dengan...

KUALA LUMPUR - Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan bahawa hubungan tahaluf siyasi...

Gosip Cinta Azrinaz Itu...

PELAKON Fattah Amin menyifatkan dakwaan dia bercinta dengan bekas personaliti TV3 iaitu Azrinaz...

David Letterman Ucap Selamat...

AKHIRNYA setelah 33 tahun mengacarakan program bual bicara lewat malam, Late Show with...

Polis Dubai Guna Cermin...

Dubai - Polis di sini merancang menggunakan cermin mata Google Glass untuk membantu...

Pecah Amanah Wang Milik Yayasan, Suami Isteri Didakwa

PETALING JAYA – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah wang milik Yayasan Budi Penyayang melebihi RM2 juta, lapan tahun lepas.

Helmy Abdul Halim, 43, dan isterinya, Shanizarina Shamsuddin, 43, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kelapan, Shanizarina sebagai eksekutif kanan pentadbiran dan kewangan yayasan itu yang telah diamanahkan dengan wang yayasan tersebut telah melakukan pecah amanah melibatkan jumlah RM1,085,296 dengan cara menyalahgunakan harta tersebut untuk kegunaan peribadi.

Wanita itu juga telah memasukkan wang ke dalam akaun suaminya, Helmy yang bukan kakitangan yayasan tersebut.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan.

Helmy yang bekerja sendiri turut dituduh atas empat pertuduhan bersubahat dengan Shanizarina melakukan pecah amanah terhadap wang Yayasan Budi Penyayang berjumlah RM972,936.35.

Pertuduhan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum 14 tahun dan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.


Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Yayasan Budi Penyayang, Tingkat 3, Wisma Equine, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, di sini, antara April 2010 dan Nov 2013.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ashyraf Ashy’ari Kamaruzaman menawarkan jaminan RM100,000 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin bagaimanapun kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Azimah Che Mat memohon jaminan rendah atas alasan perlu menanggung lima orang anak selain isterinya sudah tidak bekerja.

Mahkamah membenarkan Helmy diikat jamin RM32,000 dan Shanizarina RM64,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan 11 Jun untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori