Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Iye Ke TAKDA Asas...

Para pemimpin pentadbiran lalu secara berterusan menuduh kerajaan PH menjual tanah dan aset kerajaan. Harus menghentikan dakwaan mereka yang tidak berasaskan fakta" - kata Guan Eng.*Oh? Tak berasaskan fakta ke?**Habis itu, ini senarai apa?*

PRN Johor: Mohon Undi...

JOHOR BAHRU: Permohonan undi pos luar negara dan dalam negara bagi Pilihan Raya...

Klip Video Zamani Disebar...

KLIP video yang memaparkan vokalis kumpulan Slam, Zamani menyanyi dalam keadaan tangan bergari...

Zahid, Isteri Miliki 20...

KUALA LUMPUR - BMW 320i (A), Audi Q7 dan Mercedes Benz CLS 350...

Pekan Akan Terus Jadi Kubu Utuh BN – Najib

PEKAN – Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar untuk terus menjadikan kawasan Parlimen Pekan sebagai kubu utuh Barisan Nasional (BN) walaupun berdepan asakan pembangkang.

Perdana Menteri juga bertekad untuk meneruskan legasi BN di kerusi Parlimen itu yang bermula sejak zaman ayahnya Tun Abdul Razak Hussein dan yakin legasi tersebut akan diteruskan oleh pemimpin seterusnya.

Merujuk kepada Pusat Daerah Mengundi (PDM) Paloh Hinai, Najib yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Pekan selama sembilan penggal, berterima kasih kepada pengundi di situ yang memberi sokongan berterusan kepada BN.

“…semua yang hadir adalah penduduk tempatan. Saya suka apabila Datuk Abu Bakar Harun (calon BN Dewan Undangan Negeri Chini) mengatakan this is all local products (ini semua anak tempatan) PDM Paloh Hinai, kita tak main import.

“Pada pilihan raya umum yang lalu, PDM Paloh Hinai memberi sokongan 85 peratus kepada BN dan pengerusinya beritahu saya dia tak berpuas hati dengan jumlah itu dan akan menambah lagi menjadi 90 peratus pada kali ini,” katanya semasa berucap pada Majlis Bertemu dan Bersarapan bersama Pengundi di perkarangan PDM Paloh Hinai, di sini hari ini.

Paloh Hinai mempunyai 1,106 pengundi dengan kebanyakannya adalah Orang Asli.

“PDM ini merupakan antara tonggak kepada BN dalam Parlimen Pekan sejak dahulu walaupun dalam keadaan politik yang tidak menentu PDM ini tidak pernah goyah.

“Saya percaya kali ini PDM ini akan mencatat peratusan yang sangat tinggi dalam sokongan kepada BN dan kita akan berusaha beri isyarat yang jelas bahawa bumi Pekan adalah bumi BN dari dulu hingga sekarang,” kata Najib.


Malah kata perdana menteri, kenyataan pengerusi majlis sebelum itu bahawa “jika ditoreh badan, darah yang keluar adalah daran UMNO, turun-temurun dari zaman nenek moyang kami” amat menarik perhatiannya kerana mencerminkan sokongan padu masyarakat di situ kepada UMNO dan BN.

Beliau seterusnya mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM3.2 juta untuk membina masjid baharu Paloh Hinai selain hasrat membina Rumah UMNO di situ selepas PRU14 sebagai hadiah kepada penduduk yang teguh di belakang BN.

“Saya berharap kita akan mendapat keputusan yang begitu menggembirakan pada malam 9 Mei ini. Saya sebagai calon Parlimen Pekan, sebagai pengerusi BN dan sebagai perdana menteri, mahu menubuhkan sebuah kerajaan yang kuat di Putrajaya.

“Ini kerana saya mahu satu kerajaan yang boleh membawa perubahan untuk membantu rakyat. Saya sangat-sangat berterima kasih dengan sokongan dan sambutan yang sangat kuat, meriah di sini dan mudah-mudahan apa yang dihasratkan tercapai,” katanya. – BERNAMA

Kategori