Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Video Pra Perkahwinan Yang...

Tidak dinafikan juruvideo perkahwinan pada masa kini semakin kreatif dan bijak dalam merencanakan...

Sistem SPIM Digodam, Tekun...

JOHOR BAHRU - Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional membuat laporan polis...

PKR Mahu Kerjasama Dengan...

KUALA LUMPUR - Kenyataan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengenai kerjasama dengan...

Hampir 7 Juta Penduduk...

KUALA LUMPUR - Jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin COVID-19 di seluruh negara adalah...

Pekerja Keretapi India Digesa Lancar Mogok Naik Gaji

NEW DELHI – Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Keretapi India telah menggesa anggotanya melancarkan mogok lapar selama tiga hari bermula Selasa bagi menuntut gaji lebih tinggi dan menentang langkah penswastaan pengangkutan nasional itu oleh kerajaan, lapor agensi berita China Xinhua.

“Meskipun terdapat permintaan kepada kerajaan India untuk menimbangkan desakan berhubung perkara-perkara terbabit… kenaikan gaji minimum… kontraktorisasi yang membawa kepada penswastaan secara menyeluruh, namun tidak membuahkan sebarang hasil…,” menurut kenyataan Persekutuan All India Railwaymen pada Selasa.

Perkhidmatan Keretapi India merupakan rangkaian kereta api terbesar dunia dan mengendali kira-kira 9,000 kereta api penumpang serta membawa hampir 23 juta orang setiap hari.

Syarikat umum milik kerajaan India itu turut mengendali sekolah dan hospital, malah memiliki pasukan polis serta syarikat pembinaannya sendiri selain mempunyai sejumlah 1.3 juta pekerja sekali gus menjadikan ia majikan ketujuh terbesar di dunia. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Gaji

Kategori