Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Campuran Itu Cuma...

KUALA LUMPUR - Kerajaan campuran antara UMNO dan PAS hanya spekulasi kerana buat...

Nyanyi Di Mana Sahaja,...

MINAT mendalam terhadap aktiviti menyanyi untuk mengisi masa lapang telah mencetuskan fenomena baharu...

Video CCTV Ini Bukti...

KISAH hantu penghisap darah manusia iaitu vampire yang ditonjolkan menerusi filem seram terkenal 'Twilight' mungkin...

Lelaki Ditikam Bekas Kekasih...

GARA-gara cinta, manusia jadi gila..Itu nasib menimpa seorang lelaki yang cedera parah ditikam...

Pelabur Malaysia Beli The Phnom Penh Post

PHNOM PENH – Akhbar ini yang dianggap sebagai surat khabar bebas bahasa Inggeris terakhir Kemboja dijual penerbitnya dari Australia kepada pelabur Malaysia.

Pengerusi akhbar The Phnom Penh Post, Bill Clough dalam satu kenyataan kelmarin berkata, syarikat surat khabar itu dibeli pelabur yang hanya dikenali sebagai Sivakumar G.

Kenyataan yang tidak menyatakan nilai jualan menggambarkan pemilik barunya sebagai ‘orang media yang amat disegani’ dengan pengalaman luas dalam bidang kewartawanan dan mewakili kumpulan pelabur kuat dari Malaysia.

Penjualan yang mengejutkan kakitangannya itu mencetuskan persoalan mengenai media bebas di negara itu yang melihat penutupan akhbar bahasa Inggeris utama lain tahun lalu.

Wartawan bebas Abby Seiff berkata: The Post memang akhbar terakhir yang melakukan siasatan mendalam terhadap isu rasuah, pembalakan haram serta politik.

“Golongan wartawan agak bimbang dengan implikasi di sebalik jualan ini memandangkan pilihan raya akan diadakan dua bulan lagi dan tidak banyak media bebas lagi di negara ini.”


Pesaing utama Post, Cambodia Daily, dipaksa ditutup pada Ogos 2017, yang diumumkan pada hari sama pihak berkuasa menahan ketua pembangkang Kem Sokha atas tuduhan derhaka.

Puluhan stesen radio ditutup, manakala dua wartawan turut dipenjara tahun lalu. – AFP/myMetro Online

Kategori