AJAL… Seorang pelajar universiti menemui ajal di Jalan Kota Bharu-Machang berhampiran Kem Desa Pahlawan Kok Lanas, Bachok ketika dalam perjalanan balik mengundi buat pertama kali.
Mohd Fadzil, 23, yang menuntutĀ Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan maut dalam perjalanan ke Kampung Baru, Beris Lalang sekitar jam 6 pagi ketika kereta dinaikinya terbabit dalam kemalangan.
Ibunya, Wan Azura Wan Hassan, 44, memberitahu arwah yang merupakan pelajar tahun akhir di USIM sangat teruja untuk mengundi buat pertama kali.
āArwah juga sepatutnya tamat belajar bulan depan sebelum menjalani pratikal dan menamatkan pengajian di USIM.Ā
āKali terakhir saya bercakap dengan arwah petang semalam, dia (arwah) kata nak balik mengundi, tapi dia juga ada cakap ‘pelik’ apabila kata tak nak balik kerap,ā katanya pada Harian Metro.
Dia turut tidak jangka bahawa mimpi aneh malam sebelum kejadian apabila melihat seorang anak saudara datang mengemas rumah sehingga bersih merupakan petanda kehilangan anak ketiganya daripada sembilan beradik itu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, mangsa bersama rakannya yang juga pemandu Proton Persona, Mohammad Huzaimy Hasbullah, 27, baru sahaja melalui Jalan Kota Bharu-Machang.
Menurutnya, kereta yang dinaiki mereka hilang kawalanĀ lalu terbabas ke kiri jalan melanggar sebatang pokok.Ā Kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
āAkibat perlanggaran itu, mangsa yang berada di tempat duduk hadapan penumpang tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta mengalami cedera ringan,ā ujarnya.
Jenazah allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gong Nibong Ulu, Beris Lalang pada 2.30 petang semalam.
Orang ramai dinasihatkan memeriksa kenderaan terlebih dahulu sebelum pulang mengundi dan memandu dalam keadaan berhati-hati bagi elak kemalangan dan perkara tidak diingini berlaku.Ā āĀ MYNEWSHUB.CC/MIZE
*Video sekadar hiasan…