Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Khairy Kecewa Dengan Tindakan...

SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kesal dengan tindakan penonton yang...

Polis Tahan Lelaki, Rampas...

KOTA BHARU - Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki menyimpan dan menyeludup lebih...

Kompilasi Momen ‘Bersemut’ Fattzura...

SIAPA sangka, pertemuan di lokasi penggambaran drama rantaian Hero Seorang Cinderella menjadi kisah...

Takut Lewat Duduki Ujian...

GARA-GARA terlewat untuk menduduki ujian Matematik di sekolah, seorang pelajar lelaki nekad mencuri...

Peluru Mortar Pemberontak Houthi Ragut 5 Nyawa

ADEN – Lima orang terbunuh apabila peluru mortar yang ditembak oleh pemberontak Houthi terkena sasaran awam di daerah Qaniah dalam wilayah tengah al-Bayda di Yaman pada Isnin, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan seorang pegawai tentera.

“Peluru itu terkena beberapa buah rumah yang menyebabkan enam maut termasuk wanita manakala beberapa orang lagi cedera,” katanya.

Pemberontak Houthi biasanya menyasarkan lokasi yang dikuasai kerajaan Yaman dengan artileri dan mortar untuk membalas dendam kerana kehilangan kawasan semasa pertempuran darat.

Sumber puak itu memaklumkan Xinhua menerusi telefon bahawa pemberontak Houthi telah memasang bahan letupan dan meletupkan lima rumah individu mempunyai kaitan dengan komander tentera Arab Saudi yang membantu pasukan Yaman di wilayah al-Bayda.

Sementara itu, tentera kerajaan Yaman dan sekutunya terlibat dalam pertempuran sengit dengan pemberontak Houthi di beberapa kawasan, terutama di bahagian barat negara tersebut.

Penduduk tempatan berkata pertempuran itu diselaras dengan serangan udara tentera gabungan pimpinan Arab Saudi yang dipertingkat di beberapa kawasan antara Taiz dan bandar pelabuhan al-Hodeidah.


Yaman terjerumus dalam kancah perang saudara selepas pemberontak Houthi menguasai kebanyakan kawasan di negara itu dan menawan beberapa wilayah di bahagian utara serta ibu negara pada 2014.

Arab Saudi memimpin gabungan tentera negara-negara Arab sejak 2015 untuk membantu Presiden Yaman dalam buangan, Abd-Rabbu Mansour Hadi.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyenaraikan Yaman sebagai krisis kemanusiaan nombor satu di dunia selepas tujuh juta rakyat Yaman berdepan ancaman kebuluran dan kolera yang menyebabkan lebih 2,000 kematian. – BERNAMA

Kategori