Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Saingan Hingga 7 Penjuru...

Pontian : Barisan Nasional (BN) Johor menyifatkan saingan antara empat hingga tujuh penjuru...

Model Muslimah Dikecam Konon...

ADA yang ingat lagi dengan gadis yang bernama Syasya Solero? Alahhh... Yang buat...

Lebih 12 Maut Dalam...

BANGKOK - Sekurang-kurangnya 12 terkorban dan banyak lagi cedera dalam satu letupan bom...

Larian AXA Kumpul RM100,000...

KUALA LUMPUR - AXA Affin General Insurance Bhd (AAGI) menyumbangkan RM100,000 kepada lima...

Pemandu Kereta Rentung Nahas Dengan Bas Ekspres

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu kereta rentung manakala pemandu bas ekspres bersama 10 penumpangnya selamat apabila kedua-dua kenderaan itu terbakar akibat kemalangan di Jalan Endau-Mersing dekat Mersing, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Endau Penolong Penguasa Bomba, Mohd Alias Hussin berkata pihaknya menerima laporan kejadian berhampiran Kampung Tenglu menghala ke Endau itu pada 11.25 malam.

“Bas ekspres syarikat Transnasional dan kereta Perodua Myvi itu terbakar keseluruhan selepas berlanggar.

“Kesemua mangsa di dalam bas, melibatkan empat wanita dan tujuh lelaki selamat manakala pemandu kereta iaitu seorang lelaki dianggar berusia 20-an ditemui rentung selepas api dipadamkan,” katanya.

Mohd Alias berkata operasi memadam kebakaran terbabit selesai pada 3 pagi tadi dengan melibatkan dua pegawai dan 15 anggota bomba dari Balai Endau serta Mersing.


Beliau berkata bas tersebut datang dari arah Mersing ke Endau manakala kereta itu dari arah sebaliknya. Katanya identiti mangsa tidak dapat diperoleh di lokasi kejadian memandangkan kenderaan bersama mangsa telah terbakar. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori