Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

20,000 Meriahkan Rumah Terbuka...

PUTRAJAYA – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya berlangsung meriah dengan...

Pegawai Muda Proaktif Rancang...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V mengingatkan pegawai muda Angkatan...

Nas-T Dah Nak Kahwin,...

PELAKON Nas-T sebelum ini mengakui bahawa dia sedang selesa berkawan dengan Atita Haris, seorang...

SMA Bakal Ditubuh Tidak...

KUCHING – Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) akan ditubuhkan tidak lama lagi untuk mengawal...

Pemandu Maut, Kereta Bertembung Bas Ekspres

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu kereta maut manakala pemandu serta 30 penumpang bas ekspres selamat dalam kemalangan di Kilometer 64.4, Lebuhraya Senai-Desaru dekat Kota Tinggi, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata kejadian berlaku kira-kira 10.40 malam dan menyebabkan pemandu kereta Ong Zhao Tuang, 28, berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Ong yang memandu kereta jenis Honda Civic dari arah Senai menghala Bandar Penawar, Kota Tinggi, cuba memotong kenderaan di hadapannya, namun, gagal.

“Kereta Ong kemudian memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan bas ekspres terbabit yang datang dari arah Bandar Penawar menghala ke Senai,” katanya yang dihubungi hari ini.

Namun, siasatan lanjut mengenainya sedang dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. – BERNAMA

Kategori