Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

myPBA Mudahkan Pengguna Bayar...

GEORGE TOWN - Warga Pulau Pinang kini boleh menggunakan telefon pintar atau tablet...

Memanah Sukan SEA: Juwaidi,...

KUALA LUMPUR - Dua jaguh memanah negara, Mohd. Juwaidi Mazuki dan Faten Nurfatehah...

3 Warga Indonesia Selamat,...

JOHOR BAHRU - Sebuah bot asing membawa 5,300 batang kayu bakau karam di...

Gembira Kedah Kekal Momentum...

ALOR SETAR - Ketua jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff melahirkan rasa gembira...

Pemansuhan GST Adalah Muktamad – Zeti

KUALA LUMPUR – Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini menegaskan cadangan memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), yang diperkenalkan pada 1 April 2015, adalah muktamad.

“Ia (keputusan untuk memansuhkan) adalah muktamad dan usaha sedang dilakukan untuk merealisasikannya,” kata bekas gabenor bank pusat itu yang juga antara lima anggota Majlis Penasihat Kerajaan.

Dua ahli majlis itu berada di Kementerian Kewangan pagi ini untuk membincangkan mengenai percukaian selain urusan mengenai ekonomi termasuk perubahan fiskal dan subsidi.

“Kita tahu dari mula lagi ia sudah diputuskan, tidak perlu dipersoalkan mengenainya.

“Isunya ialah cara untuk melaksanakannya, sama ada menjadikannya sifar? Oleh itu, daripada enam peratus ia menjadi sifar peratus,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama 180 pengurus dana, di sini hari ini.

Pakatan Harapan yang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 dan membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu, antara lain menjanjikan pemansuhan GST dalam manifesto mereka.

Zeti berkata semua urusan mengenai perubahan ekonomi akan dilakukan secara menyeluruh dan mengikut peraturan.

“Objektif utama ialah memberikan lebih banyak kuasa membeli kepada rakyat, terutama kumpulan pendapatan sederhana dan rendah,” katanya.


Beliau berkata sebaik keputusan dibuat, ia akan dimaklumkan kepada orang ramai.

“Kami akan mengumumkan apa yang akan kami lakukan, termasuk strategi, proses, teknologi, sistem dan mendapatkan kelulusan di Parlimen,” katanya.

Zeti juga menegaskan beliau tidak akan memberi reaksi ke atas sebarang urusan mengenai politik dan hanya terlibat dalam perspektif ekonomi.

“Ini yang dikehendaki oleh rakyat sekarang, sejauh mana impak ke atas mereka dan bagaimana impaknya ke atas ekonomi. Itu sebab saya muncul kembali,” katanya. – BERNAMA

Kategori