Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Remaja Palestin Bersalah Bunuh...

BAITULMAQDIS - Pendakwa raya mahkamah tentera Israel, semalam memohon hukuman penjara seumur hidup...

Dana RM3.3 Bilion Masih...

LABUAN - Sejumlah RM3.3 bilion dalam pembiayaan bagi modal pusingan dan pembelian jentera...

Zainal Kling Dipanggil Ke...

KUALA LUMPUR - Ketua Eksekutif, Sekretariat Program Kongres Maruah Melayu, Prof. Emeritus Zainal...

Gempa Bumi Kuat Landa...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter berlaku...

Pembangkang Gagal Bangunkan Hutan Melintang

BAGAN DATUK — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu pengundi di Ladang Jendarata di sini memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menjaga dan memberi khidmat kepada rakyat di sini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), 9 Mei ini.

Katanya meskipun menyedari peti undi kawasan itu menyokong pembangkang pada PRU13 lalu, namun mereka harus menilai bahawa tiada kemajuan di Hutan Melintang yang dibawa oleh pembangkang yang telah memerintah dua penggal sejak 2008.

Ahmad Zahid yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk untuk penggal keenam berkata malah pembangunan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang sebenarnya banyak dibantu oleh penglibatan sektor swasta.

“Saya harap penduduk Jendarata beri peluang kepada saya dan calon BN kawasan ini Datuk Khairuddin (Tarmizi) pada pilihan raya kali ini.

“Dulu penyandang dua penggal (S.Kesavan-PKR) memang baik, dia kawan saya. Tetapi dia sudah pergi bertanding ke Parlimen Sungai Siput. Tapi baik saja tak cukup kerana dia tidak ada peruntukan kerana dia pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama kira-kira 300 warga estet United Plantations, Jendarata yang rata-ratanya merupakan kaum India di Hutan Melintang di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Eksekutif United Plantations Berhad (UPB), Datuk Carl Bek-Nielsen; Pengarah Eksekutif Pemasaran dan Kewangan UPB, Martin Bek-Nielsen; bekas Presiden myPPP, Tan Sri M. Kayveas dan calon BN Hutan Melintang, Datuk Khairuddin Tarmizi.


Dalam pada itu Ahmad Zahid juga berkata Carl telah bersetuju untuk menawarkan tanah kepunyaan UPB seluas 40.4 hektar di Hutan Melintang untuk dibangunkan sebuah bandar baharu yang akan menempatkan perumahan dan lot-lot kedai.

“Antara Simpang Empat dengan Pekan Bagan Datuk akan ada Bandar Baharu UP (United Plantations). Kita akan lihat lima tahun akan datang Bagan Datuk maju.

“Jadi saya minta Bandar Baharu UP itu dibina kira-kira 5,000 unit rumah dan siapkan sepenuhnya sebelum lima tahun dari sekarang supaya dapat menampung 10,000 peluang pekerjaan yang telah kita tawarkan,” katanya.

Ahmad Zahid turut memuji pengurusan syarikat perladangan UPB itu kerana telah memberi dan menjaga kebajikan terbaik antaranya seperti menyediakan kemudahan perumahan buat pegawai dan pekerja ladang selain pengeluaran hasil minyak kelapa sawit yang memberangsangkan. — BERNAMA

Kategori