Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Apa Motif Angry Bird...

Selain Legoland, Taman Tema Angry Birds juga antara taman tema yang baru dibuka...

Soo Wincci Akui Pernah...

PENYANYI berketurunan Cina, Soo Wincci mengakui dia mengambil serba sedikit kisah hidup sebenarnya...

Malaysia Gesa Dunia Tumpu...

KUALA LUMPUR - Malaysia menggesa dunia menumpukan perhatian kepada bantuan kemanusiaan dan pembangunan...

Beberapa Kawasan Di Pulau...

GEORGE TOWN : Beberapa kawasan di bahagian pulau di sini dilanda banjir kilat...

Pembangkang Sebar Berita Palsu Sebab Tahu Akan Kalah

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas pembangkang yang menyebarkan berita palsu untuk menutup punca kekalahan mereka dalam Pilihan Umum ke-14 (PRU14).

“Buat masa ini pakatan pembangkang sudah tahu yang mereka akan kalah PRU14 esok. Jadi mereka semakin giat menyebarkan berita-berita palsu dengan mengatakan proses pilihan raya dimanipulasi dan Barisan Nasional bakal menang menerusi penipuan pengundian,” katanya dalam catatan terbaru di blognya.

Salleh, yang juga bendahari UMNO berkata pembangkang melakukan perkara yang sama pada PRU13 dan para pemerhati antarabangsa telah menyatakan yang mereka tidak menemukan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan itu.

Dalam PRU14, katanya terdapat juga para pemerhati antarabangsa akan memantau proses pilihan raya umum.

Salleh berkata proses pilihan raya Malaysia adalah terjamin dan telus dan bukan mudah untuk menipu.


Beliau berkata tuduhan berlakunya penipuan adalah satu pembohongan dan berita itu adalah palsu.

“Isu sebenarnya ialah pembangkang tidak dapat menerima kekalahan dengan hati terbuka,” kata Salleh. – BERNAMA

Kategori