PEMILIK kelab Chelsea, Roman Abramovich gagal memasuki Britain selepas visanya tamat tempoh.
Abramovich yang berada di ranking ke-13 individu terkaya di United Kingdom (UK) dengan aset bernilai aset 9.3 bilion pound terlepas aksi final Piala FA pada Ahad yang menyaksikan kelabnya bergelar juara menewaskan Manchester United.
Jutawan Rusia itu telah membuat permohonan pembaharuan visa, namun pihak berkuasa UK dilaporkan mengambil tempoh lama (kini lebih tiga minggu dari tempoh permohonannya) untuk memberi kelulusan tanpa sebarang penjelasan.
Ia berikutan hubungan tegang politik di antara Britain dan Rusia selepas bekas perisik rahsia Sergei Skripal diracun di Salisbury, Mac lalu.
Ia menyebabkan Abramovich kecewa kerana tidak dapat kembali ke rumahnya keduanya di UK. –Ā mStar Online