Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Mustapa: Rakyat Perlu Halang...

KOTA BHARU - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata...

Kandungan Pen Drive Kontroversi...

PUTRAJAYA - Isi kandungan pemacu pena kontroversi yang didakwa mengandungi laporan penyelewengan Persatuan...

Penggulungan Terakhir RMK12 Di...

KUALA LUMPUR - Hari terakhir sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan...

Tiada Lokasi Jangkitan Baharu...

PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Veterinar hari ini memaklumkan tiada lokasi baharu yang disahkan...

Pemotongan Gaji Exco Johor Dikaji – Osman

JOHOR BAHRU — Kerajaan negeri Johor akan hanya melaksanakan pemotongan gaji Exco sekiranya ia dipersetujui mereka yang terbabit, kata Menteri Besar Datuk Osman Sapian.

Beliau berkata perkara itu akan dibawa ke mesyuarat kerajaan negeri bagi mendapatkan pandangan kesemua Exco berkenaan.

“Tengok bagaimana. Kalau mereka (Exco) setuju, kita ikutlah… kalau tidak setuju, kita buat cara kita sendiri.

“Saya tidak boleh memberi pandangan saya (sendiri) sebab ini melibatkan pandangan ramai (Exco),” katanya selepas merasmikan majlis penyampaian sumbangan kepada 50 keluarga dan pengagihan bubur lambuk di Taman Daya di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang menyarankan kerajaan negeri di bawah PH mengambil langkah sama seperti kerajaan pusat yang memotong gaji anggota jemaah menteri sebanyak 10 peratus.


Anwar berkata langkah itu dapat mengelak amalan boros, bermegah dan protokal berlebihan.

Mengenai bantuan khas Aidilfitri kepada penjawat awam di negeri ini, Osman berkata pihaknya akan mengkaji perkara itu. — BERNAMA

Kategori