Sunday, January 12, 2025

Creating liberating content

Inspektor Direman, Bantu Siasatan...

KLANG - Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan perintah tahanan reman selama tiga hari...

Lori Bawa Minyak Hitam...

SHAH ALAM - Sebuah lori satu tan yang membawa minyak hitam terpakai terbalik...

APEC Berpendirian Sama Dengan...

MANILA - Pemimpin 21 anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) berpendirian sama dengan...

Perlis Lantik 2 Exco...

ARAU - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Empat, Nurulhisham Yaakob dan ADUN...

Pendaki Cedera Parah Mendaki Gunung Mulu

MIRI – Seorang pendaki wanita berasal dari Sabah cedera parah setelah terjatuh semasa mendaki Gunung Mulu petang semalam.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, berdasarkan maklumat awal diterima mangsa Tan Fung Chu, 35, mengalami kecederaan di bahagian tulang belakang setelah terjatuh dari Kem 3 Gunung Mulu pukul 6 petang.

Akibat kecederaan itu, mangsa tidak dapat bergerak dan pihak bomba menggunakan khidmat Unit Udara Bomba untuk membawa mangsa ke Hospital Miri, katanya di sini hari ini.

Law berkata, mangsa telah dinaikkan ke atas helikopter Bomba menggunakan teknik “winching” dan terus dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan selanjutnya.

Pada 27 Mac lalu, seorang pendaki lelaki warga Britain, Nigel Bevan mati akibat kecederaan parah di kepala setelah terjatuh ketika mendaki Gunung Mulu. – BERNAMA


*Video sekadar hiasan…

Kategori