Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pelajar Mara Diingatkan Jangan...

KUALA PILAH - Pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) diingatkan supaya tidak terlibat...

Grab Batal Khidmat Sewa...

MANSUH... Syarikat tempahan kereta sewa atas talian, Grab memutuskan tidak akan lagi ceburi...

Bank Islam Menang Anugerah...

KUALA LUMPUR - Bank Islam Malaysia Bhd memenangi ‘Bank Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Islam Terbaik’ pada Anugerah Kewangan Islam Asset...

10 Anggota Exco Selangor...

KLANG - Tujuh muka baharu adalah antara 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri...

Penduduk Kuala Selangor Gembira Dapat Bertemu PM

KUALA SELANGOR – Penduduk Kuala Selangor hari ini gembira dan melahirkan rasa bersyukur kerana berpeluang bersarapan bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di restoran ‘Mamak Signature’ di Bandar Puncak Alam di sini.

Najib, yang memulakan lawatannya di Kuala Selangor, tiba kira-kira 8.50 pagi di restoran itu dan meluangkan masa kira-kira 20 minit bersarapan dengan gaya santai bersama penduduk setempat serta pemimpin UMNO Selangor.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu turut mencuba menu istimewa di restoran berkenaan termasuk putu mayam, juadah tradisional dari India selatan ‘idli’, kari kambing dan teh tarik.

Turut hadir Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar dan calon kerusi Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim.

Menurut Mahzir Abdullah, 48, dari Bandar Puncak Alam di sini, lawatan Najib ke Kuala Selangor penting sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.

“Saya dan isteri, Hainun Wati Abu Hassan diberi penghormatan untuk bersarapan bersama-sama Najib, dan ia adalah kenangan yang sukar dilupakan,” katanya kepada pemberita.


Peniaga air kelapa dan pisang goreng di Alam Jaya di sini berkata kunjungan santai Perdana Menteri itu membuktikan beliau adalah pemimpin yang turun padang dan mendengar suara hati rakyat.

Seorang lagi penduduk dari Bandar Puncak Alam, Mohamad Husny Mohamad Mazlan, 36, berkata ini kali kedua beliau dapat melihat Najib, kali pertama semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Sungai Buloh pada 2012.

Sementara itu, pemilik restoran Jamil Ali, 21, yang mengambil alih perniagaan itu hampir setahun yang lalu berkata lawatan Perdana Menteri telah merangsang perniagaannya yang biasanya dikunjungi pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dari Kampus Puncak Alam yang terletak berhampiran. – BERNAMA

Kategori