PENEMUAN bangkai hidupan laut gergasi yang digelar ‘globster’ terdampar di sebuah pantai Filipina pada Jumaat lalu timbul kekecohan penduduk di kawasan sekitar.
Tanggapan awal mendapati bangkai tersebut merupakan seekor paus apabila dijumpai jam 7 malam di pantai Oriental Mindoro.
Namun ternyata tidak benar kerana ciri fizikalnya sangat berbeza dengan hidupan mamalia laut terbesar itu.
Orang ramai agak sukar menentukan beberapa anggota penting haiwan berkenaan disebabkan bulunya berwarna putih dan tebal menutupi keseluruhan tubuh.
Bangkai haiwan pelik berukuran 6.1 meter itu dipercayai sebagai satu petanda awal musibah dan bencana alam yang akan menimpa di kawasan tersebut mengikut kepercayaian penduduk setempat.
Salah seorang penduduk, Tam Mailing berkata, keberadaan bangkai tersebut memberi kejutan dan kerisauan kepada orang ramai, lapor akhbar tempatan.
“Satu gempa bumi sedang menuju ke Oriental Mindiri. ‘Globster’ adalah petanda sesuatu yang buruk bakal berlaku. Tolong berdoa untuk kami,” ujarnya.
Bangkai haiwan pelik berkenaan telah meninggalkan bau yang sangat busuk setelah beberapa hari terbiar di pantai berkenaan.
Penguat kuasa Undang-Undang Perikanan telah mengumpul sampel asid deoksiribonukleik (DNA) daripada haiwan tersebut dibawa ke maklmal bagi jalankan kajian.
Pihak Biro Perikanan dan Sumber Akuatik Mimapora telah bertindak untuk melupuskan bangkai haiwan tersebut. – MYNEWSHUB.CC/MIZE