Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Mukhriz Jangan Heret BN...

KULIM - Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid meminta timbalan presiden...

Mahkamah Syariah Sabah Rekod...

KOTA KINABALU - Mahkamah Syariah Sabah merekodkan 18,183 kes di seluruh negeri sejak...

Kawal Kuasa Pengerusi &...

KES penyelewengan berskala besar dalam Felda Investment Corp. (FIC) yang sedang disiasat SPRM...

TMJ: Ada Pemain Harimau...

BONGKAR... Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan terdapat...

Pengamal Media Memenuhi Hospital Rehabilitasi

KUALA LUMPUR – Pengamal media mula berkumpul di pekarangan masuk Unit Kemasukan Pesakit Wad di Hospital Rehabilitasi Cheras di sini sejak 7 pagi tadi, berikutan pembebasan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dijangka hari ini.

Kawalan keselamatan di pintu masuk Hospital Rehabilitasi Cheras diketatkan dengan pemeriksaan dilakukan pengawal keselamatan terhadap setiap kenderaan yang ingin masuk.

Pemerhatian Bernama mendapati penyokong Anwar, hanya dibenarkan berkumpul di luar pintu masuk atas faktor keselamatan.

Pengarah Komunikasi PKR yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil ketika ditemui berkata beliau yakin tiada perubahan atau penangguhan berhubung pembebasan Anwar Ibrahim yang ditetapkan hari ini.

Anwar menjalani hukuman lima tahun penjara di Penjara Sungai Buloh sejak Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya. – BERNAMA

Kategori