Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mavcom Siasat Syarikat Penerbangan...

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sedang menyiasat beberapa aduan mengenai syarikat penerbangan yang telah...

Teater Lela Manja Satukan...

INGAT lagikah anda pada filem klasik Melayu Lela Manja arahan Datuk Jamil Sulong,...

Anwar Gesa Isu DNB...

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya isu berkaitan pelaksanaan...

Skandal Aliff – Afifah,...

ADUHAI, tidak reda lagi nampaknya kontroversi yang melanda pasangan hero dan heroin pelakon...

Penganggur Dituduh Bunuh Kanak-Kanak 6 Tahun

KANGAR – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, dua minggu lepas.

Tertuduh, Noraizuwan Hamali, 26, didakwa membunuh Muhammad Rayyan Hidayat Hairil Khan, di Nombor 33 Jalan Arau, Lorong Chempaka, Kampung Jejawi dekat sini, antara 3.45 petang 18 April lepas dan 12.10 tengah malam 19 April lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan kerana tertuduh memberitahu tidak memahami pertuduhan walaupun ia telah dibacakan dua kali oleh jurubahasa mahkamah dan majistret sendiri.

Justeru itu, Majistret Norhayati Ibrahim menetapkan 4 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nordin Ismail, manakala tertuduh belum diwakili peguam.


Dalam kejadian dua minggu lepas Mohamad Rayyan Hidayat, dipercayai anak teman wanita tertuduh, dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, setelah tidak sedarkan diri dan mengalami muntah-muntah sebelum disahkan meninggal dunia. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori