Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Bajet 2018: Atasi Masalah...

KUANTAN - Pemuda UMNO Pahang memohon kerajaan mempertimbangkan masalah kekurangan katil di hospital...

Najib PM Paling Banyak...

KOTA KINABALU - Abdul Rahman Dahlan memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun...

Tingkatkan Kesedaran Pendidikan Anak...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak seluruh rakyat...

Video: Sekumpulan Bangla, Seorang...

KEPENTINGAN pekerja asing kepada negara membangun seperti Malaysia tak mungkin dapat dinafikan tetapi...

Majlis Kahwin Bertukar Upacara Pengebumian

TAKDIR menentukan segalanya. Persiapan majlis perkahwinan hampir lengkap sepenuhnya, namun pasangan pengantin yang ditunggu tidak kunjung tiba.

Hanya beberapa jam sebelum keduanya bertukar-tukar cincin pernikahan, tiba-tiba majlis perkahwinan itu bertukar menjadi upacara pengebumian.

Luana Alves, 36 dan pengantin lelaki, Rodrigo Nogueira, 31 sepatutnya berkahwin pada 11 pagi di sebuah gereja di Passos, selatan Brazil, Khamis.

Bagaimanapun, hanya beberapa jam sebelum itu, keduanya terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan untuk membuat persiapan akhir majlis bersejarah itu.

Menurut polis, kereta yang dipandu Rodrigo telah bertembung dengan kenderaan lain di lebuh raya negara itu.

Luana meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Rodrigo pula menghembuskan nafas terakhir beberapa jam kemudian selepas dikejarkan ke hospital dalam keadaan cedera parah.


Saudara mara yang tiba untuk meraikan pasangan pengantin itu terkejut dengan kejadian berkenaan, bagaimanapun mereka segera mempersiapkan urusan pengebumian kedua pasangan itu.

Upacara pengebumian diadakan pada Jumaat, di gereja sama di mana mereka sepatutnya melangsungkan perkahwinan.

Pemandu kenderaan lain yang terbabit dalam kemalangan itu, Jorge Rocha, 50 juga mengalami kecederaan serius dan telah meninggal dunia di hospital Alzeira Velano. – Metro.uk

Kategori