Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Warga Kemboja Mati Kelar...

GUA MUSANG - Seorang pekerja ladang warganegara Kemboja ​​​​maut selepas dipercayai mengelar lehernya...

Siri Boboiboy Ke Layar...

Siri animasi Boboiboy yang popular di televisyen kini melangkah ke layar perak yang...

Kena Sindir Dengan Netizen,...

NAMA pelakon cantik, Uqasha Senrose kini kembali menjadi tatapan serta topik hangat dalam...

TKP JPJ Cuma Denda...

PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk...

Maut Ditanduk Zirafah Ketika Rakaman Filem

GARA-GARA mahu kelihatan sempurna dan cantik, seorang pengarah filem maut apabila hantukan kepala zirafah mengenai dirinya ketika cuba merakam dalam jarak dekat.

Lapor The Telegraph, kejadian tersebut berlaku di Glen Afric Country Lodge, Afrika Selatan pada Rabu lalu ketika Carlos Carvalho sedang melihat keadaan zirafah berkenaan menerusi kamera yang sedang dirakam.

“Ketika dia berdiri di depan zirafah itu, haiwan berkenaan membuka kaki, menundukkan kepalanya dan menghayunkan ke arah Carvalho,” kata pelakon terkenal, Richard Brooker.

Zirafah yang diberi nama Gerald bertindak sedemikian sebaik sahaja Carvalho mengambil tempat kru filem yang sedang merakam haiwan berkenaan.

Drikus Van Der Merwe yang merupakan seorang kru pengembaran berkata, dia berdiri betul-betul bersebelahan Carvalho ketika kejadian.


“Saya lihat dia terus tidak sedarkan diri dan dia terus pengsan membuatkan saya terfikir dia sudah mati,” ujarnya.

Bapa kepada dua orang anak itu diterbangkan oleh helikopter ke hospital di Johannesburg namun telah meninggal dunia sebelum mendapatkan rawatan.

Terdahulu, Carvalho pernah memenangi anugerah Haskell Wexler bagi sinematografi terbaik pada Festival Filem Woodstock Tahunan ke-14 diadakan di New York melalui filem The Forgotten Kingdom. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori