Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Siapa Kuasa Eksekutif Dalam...

KUALA LUMPUR – Siapa yang mempunyai kuasa eksekutif dalam pakatan pembangkang? Menteri Komunikasi dan...

Melaka United Pendahulu Baharu...

KUALA LUMPUR - Jaringan menerusi sepakan penalti Ilija Spasojevic seminit sebelum permainan tamat...

Revolver Diguna Dalam Kes...

ALOR SETAR - Pihak polis merampas sepucuk revolver bersama sebutir peluru hidup yang...

Keluarga 69, Enggan Terikat...

KELUARGA tunggang langgang. Ini yang berlaku dalam satu keluarga. Nikki dan Louise Draven...

Pengecualian Caj Perubatan Kepada 3,487 Pesakit

SEREMBAN – Kerajaan membelanjakan sejumlah RM355,181 bagi memberi kemudahan pengecualian caj di hospital kepada 3,487 pesakit, sejak 2013 hingga 2017.

Menurut laporan portal Kerajaan Negeri Sembilan, mereka yang mendapat manfaat itu ialah kakitangan kerajaan, warga emas berusia 60 tahun ke atas, ibu-ibu yang menjalani rawatan antenatal dan postnatal, serta penduduk Orang Asli di Semenanjung Malaysia.

“Selain itu, atlet-atlet kebangsaan, penerima bantuan kebajikan seperti Orang Kelainan Upaya, mangsa kemalangan dan penganiayaan yang dirujuk pihak polis, tahanan polis termasuk banduan, anak-anak yatim dan orang tua di bawah jagaan kerajaan, turut mendapat manfaat pengecualian caj perubatan,” kata laporan itu.

Bilangan warga emas yang mendapatkan rawatan di hospital-hospital di negeri ini meningkat kepada 726,724 pesakit pada 2016 berbanding 671,379 pesakit pada 2014.

Manakala pesakit warga asing yang mendapatkan rawatan di fasiliti-fasiliti kesihatan pula menurun kepada 20,778 pada tahun lepas berbanding 54,783 pesakit pada 2014.

Bagi memudahkan orang awam mendapatkan rawatan kesihatan dan melawat waris di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban di sini, pelbagai kemudahan disediakan pihak hospital termasuklah menyediakan tempat letak kereta yang banyak.

Sejumlah 1,986 tempat letak kereta disediakan untuk kakitangan dan orang awam, yang mana pada hari-hari bekerja sebanyak 64 peratus atau 1,271 tempat letak kereta disediakan untuk orang awam dan selebihnya untuk kakitangan HTJ.

Semasa hari minggu dan hari kelepasan am, jumlah tempat letak kereta untuk orang awam ditambah kepada 77 peratus atau 1,529 untuk orang awam dan selebihnya untuk kakitangan hospital.

Perkhidmatan perantara, sebuah bas dan dua van, turut disediakan untuk orang awam yang meletakkan kenderaan jauh dari blok kesihatan dan disediakan dari pukul 7 pagi hingga 7 malam.


“Perkhidmatan perantara ini telah memberi manfaat kepada 1,500 orang sehari,” kata laporan itu.

Selain itu, Kerajaan Negeri Sembilan turut membelanjakan sejumlah RM37 juta bagi pembangunan infra kesihatan, peralatan (RM38 juta) dan projek-projek Rancangan Malaysia berjumlah RM199 juta sejak 2013 hingga 2017.

Sementara itu Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah, Hospital Jempol dan Hospital Tampin dikategorikan sebagai Hospital Kluster dalam usaha kerajaan meningkatkan lagi perkhidmatan kepakaran di hospital luar bandar.

HTAN sehingga 2017 memiliki 36 orang doktor pakar, berbanding 15 pakar pada 2011 dan tujuh pada 2004.

“Bagi bilangan penambahan tenaga kerja di sektor kesihatan sejak 2004 hingga 2017, 1,572 pegawai perubatan direkodkan pada 2017 berbanding 518 pada 2004, pakar perubatan pula 204 pada 2017 berbanding 75 pada 2004 dan 3,700 jururawat pada 2017 berbanding 1,400 pada 2004,” kata laporan itu. – BERNAMA

Kategori