Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Penjawat Awam Ditahan Berjudi

 DUNGUN - Penjawat awam dan warga emas berusia 70 tahun antara yang ditahan...

Kisah Bekas Askar Alami...

LONDON - Seorang bekas askar Britain disahkan menghidap sejenis penyakit otak yang nadir...

2 Anak Panda Nama...

DUA ekor panda gergasi telah berjaya dilahirkan pada Oktober tahun lalu dan baru...

Chong Wei Kembali Ke...

PUTRAJAYA - Jaguh perseorangan badminton negara Datuk Lee Chong Wei akhirnya mengumumkan bakal...

Pengundi Tolak Politik Kekerasan, Maki Hamun

BAGAN DATUK – Politik kekerasan dan amalan memaki hamun ditunjukkan pembangkang semasa berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) harus ditolak oleh pengundi, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata cara berkempen seperti mengaibkan, memfitnah serta menggunakan kata-kata kesat merupakan taktik terdesak pembangkang untuk meraih undi dan tidak wajar dibiarkan kerana ia boleh menggugat kestabilan serta keamanan negara.

“Itu pastinya taktik terdesak (pembangkang) kerana saya fikir mereka telah menghidu bahawa momentum untuk Barisan Nasional (BN) sudah semakin meningkat.

“Peningkatan ini disebabkan oleh manifesto BN yang mempunyai titik sentuhan serta faktor ‘wow‘ sudah dihidangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Kenduri Kampung Peluasan Skop Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) – Program Menghubung Menyatu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Parlimen Bagan Datuk di Kampung Pasang Api di sini, hari ini.

Ahmad Zahid mengulas insiden cermin van jentera kempen calon BN Parlimen Bandar Kuching, Kho Teck Wan di Tabuan Jaya, Sarawak dipecahkan Sabtu lalu, manakala semalam kain rentang memaparkan wajah calon BN Parlimen Bakri, Koh Chon Chai di sekitar Bukit Bakri dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.

Mengenai tindakan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang sering menggunakan kata-kata makian dalam kempen ceramah di Teluk Intan, Ahmad Zahid menyifatkan ia sebagai taktik ‘desperado’ bagi meraih undi di Parlimen itu yang ditandinginya pada PRU14.


“Semua orang kenal dengan cara dia dulu di Taiping, sekarang datang ke sini (Teluk Intan) pula. Saya fikir orang Teluk Intan tahu tentang prestasi Datuk Seri Mah Siew Keong bukan sahaja kerana beliau adalah orang tempatan,” katanya.

Pada PRU14, Mah yang juga Presiden Gerakan akan berdepan saingan tiga penjuru melibatkan Nga yang bertanding menggunakan nama serta logo PKR serta seorang calon PAS, Ahmad Ramadzan Ahmad Daud.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menyatakan puas hati dengan perjalanan laporan kempen PRU14 seluruh negara walaupun berlaku beberapa insiden tidak diingini. – BERNAMAā€‹ā€‹ā€‹ā€‹ā€‹ā€‹

Kategori