Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tewas Dalam Taruhan, Lelaki...

KREATIF..lelaki ini terpaksa membuat gaya rambut sama seperti sebuah nenas selepas tewas dalam...

APBN Lakukan Persediaan Rapi...

PUTRAJAYA - Walaupun usia penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN) tidak sampai setahun...

Nama Jho Low Tak...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu yang nama ahli perniagaan dalam...

Islam Ajar Umatnya Bersatu-Hati,...

TUMPAT (Kelantan) - Islam mengajar umatnya supaya bersatu hati dan tidak berpecah belah...

Peniaga Diminta Patuhi Arahan Sifar GST Pada 1 Jun

KUANTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang telah bersiap sedia dengan anggota penguatkuasanya untuk memastikan peniaga-peniaga di negeri ini mematuhi sifar peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkuatkuasa 1 Jun depan.

Timbalan Pengarahnya, Alwi Abdul Hamid berkata, pihaknya setakat ini telah melakukan pemeriksaan terhadap 349 premis di daerah di negeri ini dengan melibatkan 10,170 jenis barangan yang dikenakan GST.

“Pada 1 Jun akan datang kami akan pergi untuk membuat semakan sekali lagi untuk memantau dan mengingatkan peniaga supaya tidak mengenakan GST dan operasi ini juga akan melibatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan Operasi Harga Khas Ramadan di Pasar Besar Kuantan di sini hari ini dengan melibatkan seramai 40 orang pegawai agensi penguatkuasa berkenaan.

Katanya peniaga yang ingkar dengan arahan itu akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga, Akta Anti Pencatutan, Akta Perlindungan Pengguna dan Akta Perihal Dagangan.

Sementara itu, katanya hasil operasi yang dilakukan hari ini mendapati tiada sebarang kenaikan harga barangan basah seperti ayam, sayur, daging dan ikan yang direkodkan di Pasar Besar Kuantan.

“Daging tempatan dijual pada harga RM30 sekilo, ayam RM8.50 sekilo, di mana sebelum ini terdapat peniaga yang menjual dengan harga RM9 sekilo, jadi saya nampak ada penurunan harga.


“Ikan kembung masih lagi dengan harga RM16 sekilo dan sayur-sayuran juga didapati tiada kenaikan harga, namun dalam masa yang sama kita berharap peniaga mematuhi harga barangan yang ditetapkan, jangan menaikkan harga dengan sesuka hati,” katanya.

Beliau turut berpuas hati dengan harga makanan yang dijual di bazar-bazar Ramadan di negeri ini yang disifatkan berpatutan selain peniaga mematuhi arahan meletakkan tanda harga.

“Cuma ada segelintir peniaga sahaja yang masih degil dalam soal itu (meletakkan tanda harga), jadi kita berharap mereka dapat mematuhinya untuk mengelak daripada dikenakan tindakan. – BERNAMA

Kategori