Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

62 Kes Didaftar Di...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 62 kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak telah didaftarkan di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Putrajaya sejak  mahkamah khas itu beroperasi 4 Julai lepas. Menteri...

Varian B.1.617.1 Tersebar Ke...

KUALA LUMPUR - Varian mutasi berganda, B.1.617.1 yang mula ditemui di India, kini...

Kerajaan Beri Keutamaan Tinggi...

KOTA MARUDU - Kerajaan sentiasa memberi keutamaan sangat tinggi terhadap bidang pendidikan kerana...

800 Unit Rumah PPR...

TANJONG KARANG - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merancang membina...

Penunggang Basikal Maut Dibaham Singa Gunung

TRAGIK… Seorang penunggang basikal gunung maut, manakala rakannya parah dibaham singa di kawasan hutan dekat North Bend, kira-kira 48 kilometer dari Seattle, Amerika Syarikat kelmarin.

Menurut Jurucakap pejabat Sheriff Daerah King, Sarjan Ryan Abbot, kejadian berlaku pada jam 11 pagi waktu tempatan apabila kedua-dua mangsa kebetulan bertembung dengan haiwan berkenaan ketika berbasikal.

Menurut beliau, penunggang pertama yang terselamat, diserang terlebih dulu dan mengalami kesan luka agak dalam, manakala penunggang kedua diseret singa gunung itu ke habitatnya di dalam hutan berhampiran.

“Mangsa yang cedera mengayuh basikal sejauh 3.2 kilometer untuk menghubungi talian kecemasan 911 meminta bantuan.

“Polis memandu sepanjang laluan itu sebelum menemui basikal milik mangsa dan masuk ke dalam hutan berkenaan.

“Mereka melihat singa gunung itu berdiri di atas mayat mangsa,” katanya.


Abbot memberitahu, polis terpaksa melepaskan tembakan menyebabkan haiwan terbabit lari.

Mereka kemudian menggunakan khidmat anjing pengesan untuk menjejak singa gunung itu sebelum membunuhnya.

Kes terakhir membabitkan singa gunung di Amerika Utara berlaku lebih 100 tahun lalu, membabitkan kanak-kanak yang mudah ditumpaskan. – Reuters

Kategori