Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Perompak Bongok

BRUSSELS - Helah seorang pemilik kedai rokok elektronik meminta sekumpulan perompak datang semula...

Thailand Dan Malaysia Bermula...

MELAKA - Musuh tradisi Thailand dan Malaysia bermula dengan langkah kanan dalam kategori...

Jemaah Masjid, Surau Di...

SEREMBAN: Jemaah di masjid dan surau di Negeri Sembilan kini dibenarkan untuk merapatkan...

Lelaki Dikhuatiri Lemas, Ditemui...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas keluar menjala di sungai sebuah...

Penyokong PKR Bertopeng BN Sebar Kertas Undi Palsu

SABOTAJ… Seorang penyokong PKR ini memperdayakan orang ramai dengan memakai baju Barisan Nasional (BN) kemudian sengaja menyebarkan kertas undi palsu pagi tadi.

Lelaki berbangsa India yang tidak didedahkan identiti itu telah mendekati sukarelawan wanita BN berusia 16 tahun di Sekolah Kebangsaan Port Dickson, Negeri Sembilan.

Suspek selepas itu mengarahkan sukarelawan tersebut untuk mengagihkan kertas undi palsu kepada orang ramai.

Selang beberapa saat kemudian, sekelompok penyokong PKR bertindak kasar terhadap sukarelawan tersebut dengan menarik tangan dan menggunakan perkataan kasar.

Penemuan kertas berkenaan menyebabkan beberapa penyokong dari parti yang bertanding bertikam lidah berhubung perkara berkenaan.

Tindakan yang tidak bermoral itu terbongkar apabila lelaki ini berjaya ditangkap oleh beberapa orang yang menyedari perbuatan tersebut.

Menurut kenyataan netizen yang menggunakan nama Subash Chandrabose Arumugam Pillai di Facebook, kejadian seperti ini berlaku di beberapa tempat pengundian lain.


Dia yang berada di kawasan kejadian menganggap tindakan mereka yang bersubahat dengan pihak pembangkang adalah tidak wajar malah bertindak mengelirukan orang ramai melalui media sosial WhatsApp.

“Di sinilah bermula fitnah dalam cerita ini, apabila kumpulan PKR hantar berita yang mengelirukan di WhatsApp dan mengatakan ia dilakukan penyokong BN,” katanya menerusi entri Facebook miliknya.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mempercayai berita yang diterima secara bulat-bulat dan menyebarkan terus kepada orang ramai tanpa menyelidik terlebih dahulu.

Pengundi perlu mengambil langkah berhati-hati dan memaklumkan kepada pihak berkuasa jika berlaku sebarang perkara atau aktiviti yang mencurigakan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori