Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

“Kamu Fikir Mereka Hendak...

KUALA LUMPUR - “Kamu fikir mereka hendak mengaku?”Itu respon Tan Sri Muhammad Shafee...

GST Tidak Jejas Harga...

SUNGAI PETANI - Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) tidak akan menjejaskan harga...

Rani Mukerji Kongsi Gambar...

MENGIMBAU kembali filem Bollywood berjudul Kuch Kuch Hota Hai, sudah tentu wajah pelakon Rani...

Nak Isi Minyak Free,...

RANGKAIAN stesen minyak Oblast di Rusia melakukan gimik pemasaran yang cukup luar biasa...

Peranan Polis Wanita Diiktiraf Pucuk Pimpinan PDRM

SEREMBAN – Anggota wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mampu berbangga apabila mereka juga diberi peluang menggalas jawatan penting dan berdiri sama tinggi dalam pasukan keselamatan yang kelazimannya didominasi kaum lelaki.

Sebagai Ketua Polis Daerah wanita pertama di Negeri Sembilan dan kedua di Malaysia selepas yang pertama di Pulau Pinang, Supt Haslah Bachok berkata ia merupakan pengiktirafan kepada anggota polis wanita oleh pucuk pimpinan PDRM dan juga kerajaan.

Haslah, 49, yang dilantik ke jawatan itu pada 16 Jan lepas menggantikan ACP Luqman Abdul Rahman, berkata tanggungjawab sebagai Ketua Polis Daerah amat berat namun berbangga menerimanya bagi membuktikan bahawa wanita juga mampu memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi.

“Kita (wanita) untuk bersaing dengan kaum lelaki kena bekerja keras dua kali ganda daripada mereka dan kaum wanita harus diberi peluang sama dengan golongan lelaki,” katanya kepada Bernama.

Mengakui jawatan itu satu penghormatan kepada wanita, ibu kepada seorang anak lelaki itu berkata sebagai wanita, beliau harus bijak membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.

Haslah berkata ketika bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dari 2006 hingga 2011, beliau mengendalikan banyak kes berprofil tinggi dan suami banyak membantu dalam menguruskan hal keluarga.

Beliau seterusnya yakin melalui Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita (JPPW), peranan polis wanita akan terus dimartabatkan selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ingin memperkasa golongan wanita di negara ini.

Usaha kerajaan Barisan Nasional dalam memastikan wanita di negara ini terus diperkasa merupakan antara perkara yang digariskan dalam manifesto BN bagi pilihajn raya umum ke-14 yang dilancarkan 7 April lepas.


Antara lain, BN berjanji untuk menggalakkan majikan dan syarikat mengamalkan dasar keseimbangan kehidupan dan pekerjaan selain memperluas penglibatan dan peluang wanita sebagai pembuat keputusan.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) Nor Azizah Yusof berkata tidak terlintas di fikirannya akan menjadi wanita pertama menerajui badan berkenaan sejak ia ditubuhkan pada 1969.

Mula menggalas tanggungjawab berkenaan bermula Jun 2017, ibu kepada tiga cahaya mata itu bersyukur apabila tidak didiskriminasikan golongan lelaki ketika menjalankan tugas.

“Saya menerima layanan yang sama, keputusan dan cadangan saya juga diterima oleh pemimpin negeri malah semasa mesyuarat atau pembentangan juga saya dilayan sama rata,” katanya.

Dalam pada itu, Nor Azizah mengakui sebagai ‘lady boss’ beliau lebih teliti dalam menjalankan tugas terutama dalam penekanan terhadap soal disiplin. – BERNAMA

Kategori