Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Schwarzenegger Ajak Trump Bertukar...

WASHINGTON DC - Presiden Donald Trump mendedahkan beliau berdoa untuk Arnold Schwarzenegger susulan...

PLUS Tutup Lorong Tambah...

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menutup semua operasi kemudahan tambah nilai...

Remaja Pembunuh Ibu, Lahirkan...

DENPASAR - Seorang remaja perempuan yang dibicarakan atas tuduhan membunuh ibunya, melahirkan bayi di...

Isu 3R: 88 Kes...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 88 kes berkaitan isu 3R (Agama, Bangsa dan Institusi...

Perancis, Arab Saudi Bincang Isu Kemanusiaan Yaman

SATU persidangan khas antara Perancis dan Arab Saudi membincangkan isu kemanusiaan Yaman di Paris akan diadakan pada Jun ini.

Pertemuan yang bermakna itu akan menilai keperluan bantuan kemanusiaan untuk negara tersebut dan sebagai platform memulihkan rundingan damai yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Lapor Arab News, usaha kerajaan Arab Saudi yang mendapat sokongan Barat sebelum ini dengan mengadakan serangan udara terhadap kelompok Syiah Houthi sejak 2015 sebagai cara mengembalikan kerajaan Yaman yang diiktiraf komuniti antarabangsa.

Kira-kira tiga juta penduduk Yaman menjadi pelarian dalam negara dan mencetuskan krisis kemanusiaan terburuk dunia dengan lebih 10,000 orang maut dalam perang tersebut.

“Kami sedang berusaha untuk menganjurkan persidangan ini dengan pelbagai rakan kongsi kami, Yaman dan PBB.

“Persidangan ini perlu mengambil keperluan kemanusiaan, menilai bantuan yang diberikan dan mekanisme tindak balas yang perlu diperbaiki bagi menentukan tindakan kemanusiaan untuk memperbaiki keadaan penduduk awam,” kata jurucakap kementerian luar Perancis Agnes von der Muhll, semalam.

Kementerian Luar Perancis, Agnes von der Muhll.

Pejabat Presiden Perancis memberitahu, persidangan tersebut bakal dianjurkan pada akhir Jun depan dan berkemungkinan pada tarikh 27 Jun.


Dalam pada itu, Von der Muhll enggan mengesahkan sama ada wakil puak Syiah Houthi akan turut dijemput.

“Kami mahu usaha ini membabitkan semua pihak kerana ia akan membantu menghidupkan kembali perbincangan politik dengan pemantauan PBB,” ujarnya lagi.

Terdahulu, rundingan damai yang telah diadakan sebelum ini antara Syiah Houthi dan Kerajaan Yaman yang mendapat sokongan PBB di Kuwait pada Ogos 2016 menemui kegagalan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori