Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Diva AA Muat Naik...

SIAPA yang tak kenal dengan figura yang menggelar dirinya Diva AA iaitu Azwan Ali,...

“Mana Duit Raya Peneroka...

1. Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan setakat ini tidak memberikan keputusan muktamad berhubung pemberian...

Inkues Perlu Untuk Lengkap...

PUTRAJAYA - Inkues bagi menentukan sebab kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim...

Benita Bantu 65 Anak...

KUALA LUMPUR - Seramai 65 penghuni Rumah Anak Yatim Nur Qaseh, Taman Melawati...

Perdana Menteri Jumpa Beberapa Individu Penting

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini bertemu beberapa individu penting di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, termasuk Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif.

Md Raus tiba pada kira-kira 2.40 petang, diiringi Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.

Md Raus dan Zulkefli keluar dari bangunan yayasan itu pada pukul 3.30 petang, namun enggan bercakap kepada media yang mengerumuni kenderaan mereka.

Turut kelihatan masuk ke bangunan itu ialah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador yang ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2015, turut bertemu perdana menteri petang ini.


Selain itu, Dr. Mahathir turut bertemu Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Haron; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mokhtar Mohd Sharif. – BERNAMA

Kategori