Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sarjan Thailand Didakwa Rogol...

BANGKOK - Seorang sarjan mejar Thailand yang dijangkiti HIV ditahan dan didakwa atas...

Bersatu Tanpa Kira Fahaman...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata sudah masanya umat...

TPA-M10 Ke Mindanao Pantau...

PETALING JAYA - Tim Pemantau Antarabangsa-Mindanao 10 (TPA-M10) berlepas ke Mindanao, Filipina hari...

BNM Tidak Iktiraf Platform...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) tidak pernah mengiktiraf Coinzer, satu platform...

Pereka Fesyen Muslimah Terkenal Dijel 18 Tahun

JAKARTA – Pereka fesyen terkenal Indonesia yang popular dengan koleksi pakaian Muslimah dihukum penjara 18 tahun semalam atas tuduhan menipu pakej umrah dan pengubahan wang haram membabitkan jumlah berbilion rupiah.

Mahkamah mendapati Anniesa Hasibuan, 31, dan suaminya, Andika Surachman menipu pelanggan yang membayar pakej umrah untuk ke Tanah Suci Makkah menerusi agensi pelancongan milik mereka.

Mahkamah mengenakan denda Rp10 bilion (RM2.85 juta) kepada Anniesa manakala suaminya dikenakan hukuman penjara 20 tahun dengan denda sama.

Pasangan itu dilaporkan menipu beribu-ribu pelanggan dengan nilai berjumlah sekurang-kurangnya Rp848 bilion (RM242 juta).

Anniesa adalah pereka fesyen terkenal di Indonesia dan menggunakan nama Hasibuan pada koleksi pakaian muslimah rekaannya.

Pada 2016, koleksi Hasibuan dipamerkan di Minggu Fesyen New York dan buat pertama kalinya model memperagakan rekaan tudung dan pakaian muslimah di pentas fesyen berprestij itu.

Pasangan itu menubuhkan syarikat pelancongan dikenali sebagai First Travel pada 2009 untuk menguruskan jemaah umrah ke Arab Saudi.


Bagaimanapun, mahkamah memberitahu, syarikat itu tidak membawa seorang pun pelanggan mereka mengerjakan umrah sejak awal tahun lalu walaupun sudah menerima bayaran.

Pakaian rekaan Anniesa diperagakan London, Istanbul dan Cannes tetapi penampilan di Minggu Fesyen New York mengesahkan statusnya sebagai bintang fesyen dunia yang meningkat naik.

Anniesa terkenal dengan kehidupan mewahnya dan sering memuat naik gambar bersama suaminya ketika melancong ke luar negara serta memakai barangan mewah di laman sosial. – AFP/myMetro Online

Kategori