Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Penangan Drama TV, Peminat...

MENDAPAT sambutan yang baik dari penonton drama bersiri Hero Seorang Cinderella, pelakon dan...

Pemancing Hilang Diselamatkan Nelayan...

KUALA TERENGGANU - Seorang pemancing yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut...

Selfie Punya Pasal, 5...

GARA-GARA ingin merakam gambar selfie, lima pelajar sebuah universiti tempatan terjatuh ke dalam...

20 Buah Rumah Di...

PETALING JAYA: Kira-kira 20 buah rumah terjejas akibat banjir di sekitar Kuala Kubu...

Perjuangan BN Untuk Rakyat, Bukan Kehendak Individu

BEAUFORT – Perjuangan Barisan Nasional (BN) adalah untuk kesejahteraan rakyat, bukan berpaksikan kepentingan individu atau peribadi seperti yang diperjuangkan oleh beberapa parti politik baharu, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun.

Calon BN bagi kerusi Parlimen Beaufort itu berkata kerajaan BN tidak meminggirkan mana-mana kelompok termasuk yang di luar bandar menerusi penyaluran pelbagai bantuan dan kemudahan.

“Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), hospital dengan bayaran hanya RM1, tidak dilupakan warga tua, ibu tunggal, kanak-kanak dan kemudahan asas jalan raya antara kemudahan yang disediakan untuk rakyat.

“Adakah kemudahan seperti ini dapat diberikan oleh pembangkang yang tidak mempunyai rekod malah harapan pun sudah berkecai,” katanya kepada Bernama.

Azizah yang mempertahankan kerusi parlimen itu untuk penggal kedua, berkata rakyat di negeri itu khususnya di Beaufort perlu bersatu hati untuk terus memberi mandat kepada BN agar lebih banyak kemudahan dapat disalurkan.


Pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini, Azizah sekali lagi berdepan ‘musuh tradisi’ Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah Datuk Seri Lajim Ukin serta calon PKR, Johan@Christopher Ghani. – BERNAMA

Kategori