Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PAC Tidak Akan Berkompromi...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak akan berkompromi jika terdapat...

Proses Pengesahan Visa Pulih,...

BEIJING: Seramai 150 penuntut Malaysia kembali ke China untuk melanjutkan pengajian masing-masing pada...

Mengaku Tidak Bersalah Atas...

KUALA LUMPUR ā€“ Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas...

Dapatkan Pandangan Pakar Sebelum...

MELAKA - Orang ramai perlu mendapatkan pandangan pakar terlebih dahulu sebelum memberikan makanan...

Perkasakan Kaum Tamil Agenda Utama Kerajaan

REMBAU – Memperkasakan kaum India menjadi agenda utama kerajaan sehingga mewujudkan dasar dan unit khas untuk menjaga kepentingan mereka selari dengan kemajuan negara, kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata sejak bermulanya era kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sejak 2009, kerajaan telah memperuntukkan lebih RM950 juta untuk sekolah tamil sahaja.

“Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB)ā€¦ Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (Sedic) adalah usaha kerajaan supaya kaum India juga dapat menikmati pembangunan.

“Dahulu kaum India tidak dapat memohon pinjaman daripada TEKUN Nasional namun sekarang belia-belia India dapat menceburi bidang perniagaan dengan membuat pinjaman (menerusi Sedic),” katanya dalam ucapan pada majlis penyerahan surat kelulusan peruntukan Pakej Rangsangan Khas Perdana Menteri di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Linsum di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin yang juga calon bagi Parlimen Rembau dan Pengarah Pendidikan negeri, Pkharuddin Ghazali.

Mohamad berkata rancangan yang dibuat oleh pemimpin BN adalah semata-mata untuk memastikan kaum India dan seluruh rakyat negara ini dapat hidup dalam keadaan yang selesa dan sama-sama merasai segala pembangunan yang dijalankan hari ini dan pada masa akan datang.

Khairy dalam ucapannya berkata pendekatan yang dilakukan kerajaan bagi memperkasakan kaum India kerana menyedari pembangunan dan kemajuan dikecapi negara hari ini juga adalah hasil daripada pengorbanan dan sumbangan kaum itu.

“Najib telah berusaha untuk membantu rakyat India sehinggakan Pejabat Perdana Menteri mempunyai agensi khas iaitu Sedic yang memfokuskan kepada pembangunan sosioekonomi kaum India.


“Manakala MIB pula adalah satu pelan tindakan bagi membantu kaum India dari segi pendidikan, latihan, kemasukan ke universiti dan kemahiran supaya belia India mendapat pekerjaan di samping menggalakkan mereka untuk berniaga,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SJKT Ladang Linsum, Gracy Anthony berkata bantuan RM1.5 juta yang diterima hari ini akan digunakan termasuk membina satu blog dua tingkat bagi menggantikan bangunan lama yang struktur asas bilik darjah sudah dirosakkan anai-anai.

“Blok dua tingkat yang baharu akan menempatkan enam bilik darjah dan pejabat bagi memberikan suasana yang selesa buat murid belajar dan saya yakin prestasi murid akan bertambah baik selepas ini.

“Bangunan baharu tersebut dijangka siap dalam tempoh dua tahun dengan merobohkan bangunan yang lama dan dalam tempoh tersebut murid-murid akan menjalani proses pembelajaran di blok yang lain,” katanya.

Gracy berkata sumbangan itu juga akan digunakan untuk membina bilik muzik dan seni serta dewan terbuka demi kemudahan dan keselesaan murid. – BERNAMA

Kategori