Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tukang Cat Dipenjara, Curi...

KUALA LUMPUR — Seorang tukang cat yang mencuri beg seorang pesakit yang sedang...

Projek Wi-Fi Komuniti Bantu...

KUALA LUMPUR - Projek Wi-Fi Komuniti (WK) disediakan kerajaan di kawasan luar bandar...

Putra Amaris Kemalangan, Pemandu...

PELAKON dan penyanyi Amran Ismail atau nama komersial terkininya Putra Amaris telah terlibat...

Teks Perjanjian TPPA Pelihara...

KUALA LUMPUR - Teks akhir Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) oleh kerajaan Malaysia memelihara...

PERKESO Bantu Ringan Beban Keluarga Rafly

BEBAN waris Allahyarham Mohd Rafly Rahamat iaitu bekas penyampai radio Hot FM Terengganu yang meninggal dunia 19 Mei lalu diringankan menerusi faedah pengurusan jenazah berjumlah RM2,000 daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), hari ini.

Selain itu, ibu bapanya, Rahamat Sidek, 54, dan Zaleha Pilus, 53, turut menerima pencen bulanan daripada PERKESO yang akan dibayar dalam tempoh terdekat.

Pengarah PERKESO Pahang, Abu Hurairah Ahmad, berkata pencen penakat itu layak diterima waris Mohd Rafly kerana beliau pernah bekerja dan ia diharapkan dapat meringankan beban perbelanjaan warisnya.

“Sebaik menerima maklumat berhubung kematiannya, skuad PERKESO Prihatin melakukan semakan dan mendapati waris layak menerima pencen berkenaan.

“Pencen ini dibayar kepada ayah dan ibu kerana arwah belum berkahwin,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan faedah pengurusan jenazah PERKESO kepada Rahamat dan Zaleha di kediaman mereka di FELDA Bukit Kuantan, Kuantan, hari ini.

Mohd Rafly yang juga bekas penyampai radio Manis FM meninggal dunia pada 19 Mei lalu selepas menderita akibat penyakit misteri sejak beberapa bulan lalu.


Sementara itu, Rahamat berkata, mereka tidak menyangka akan menerima pencen bulanan daripada PERKESO kerana anaknya itu sudah menamatkan perkhidmatan sebagai penyampai radio.

Katanya, mereka sekeluarga merasai pemergian Mohd Rafly terutama pada Ramadan kerana beliau seorang yang ceria serta sentiasa membantu menggembirakan seluruh ahli keluarga.

“Di sebalik kehilangannya, kami menerima pencen bulanan yang membuatkan perasaan ini begitu sayu dan sentiasa mendoakan yang terbaik buatnya,” katanya. – myMetro Online

Kategori