Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PH Ambil Kesempatan Politik...

Pakatan Harapan (PH) usah mengambil kesempatan politik daripada perhimpunan kecil veteran tentera di...

DBKL Benarkan Perhimpunan Kesyukuran...

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan perhimpunan ‘kesyukuran’ meraikan kejayaan...

Skuad Muda JPJ Bantu...

KUANTAN - Skuad Muda Jabatan Pengangkutan Jalan (SMJPJ) menyasarkan untuk mencapai 1 juta...

15, 16 Oktober Bicara...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi menetapkan 15 dan 16...

Perlembagaan Tetap Berdaulat Di Johor – TMJ

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menasihati parti politik yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di negeri itu bahawa Johor adalah negeri berdaulat yang mempunyai cara, budaya dan tata tertib sendiri.

Baginda bertitah semua berkhidmat kepada negeri Johor adalah hamba kepada rakyat serta kedaulatan negeri Johor, dan kesejahteraan rakyat mesti menjadi keutamaan semua yang berkhidmat kepada kerajaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

“Walau apa pun terjadi, sentiasa pentingkan hak dan kesejahteraan rakyat bukan kepentingan peribadi. Kita harus belajar daripada kesilapan orang lain.

“Saya ingin mengingatkan sekali lagi jangan lupa kedaulatan negeri Johor, perlembagaan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat Johor. Walau apa pun terjadi, Johor mesti sentiasa jadi Johor,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan beberapa negeri pada PRU14, termasuk Johor yang menyaksikan PH memenangi 36 kerusi DUN, manakala BN memperoleh 19 kerusi dan PAS satu kerusi. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • TMJ

Kategori