Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bekas Ratu Cantik Hilang...

Bekas ratu cantik Ukraine 2013, Anna Zaiachkivska yang dilaporkan hilang oleh suaminya yang...

Sambutan Hari Keputeraan Sultan...

JOHOR BAHRU - Sambutan ulang tahun hari keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan...

Sedih Batal Majlis, Mia...

PELAKON Mia Ahmad atau nama sebenarnya, Shamiha Ahmad Baderi, 29, memberitahu bahawa dia...

10,000 Pelajar Keluarga B40...

KUALA LUMPUR - Seramai 10,000 mahasiswa yang merupakan wakil pertama dari keluarga B40...

Permintaan Tinggi Batu Nisan Menjelang Hari Raya

LARIS… Setiap kali Ramadan serta menjelang Aidilfitri, perniagaan batu nisan dan belindan mendapat permintaan tinggi sehingga memberi pendapatan lumayan kepada pengusahanya.

Wan Jonee Wan Mahmood, 60, pengusaha perniagaan itu yang diwarisi arwah bapa saudaranya (Wan Abdullah Wan Chik) sejak 16 tahun lalu berkata, permintaan batu nisan dan belindan meningkat setiap kali Ramadan.

Menurutnya, kerja pembuatan batu nisan dan belindan memerlukan kemahiran, kesabaran serta ketelitian tinggi dan mengambil masa antara seminggu hingga tiga bulan bergantung kepada jenis batu yang dikehendaki pelanggan.

“Menjelang Aidilfitri permintaan meningkat kerana waris si mati membuat tempahan bagi menggantikan batu nisan dan belindan yang baru.

“Bagi menyiapkan tempahan pelanggan, saya dibantu empat pekerja terdiri daripada saudara-mara yang mahir membuatnya,” katanya di Kampung Bunut Payong, Kota Bharu, Kelantan.

Bapa kepada sembilan anak itu berkata, bagi memenuhi permintaan pelanggan, dia dan pembantunya pernah bekerja sehingga pagi raya untuk memasang batu nisan dan belindan di tanah perkuburan.

“Selain di Kota Bharu, kerja pemasangan batu nisan dan belindan juga mendapat permintaan daripada pelanggan di Gua Musang, Rantau Panjang serta Jeli.


“Saya menawarkan beberapa jenis belindan termasuk trazo dan marmar dengan harga mengikut jenis serta permintaan pelanggan bermula RM300 manakala batu nisan pula antara RM100 hingga RM2,000.

“Belindan paling mahal yang pernah saya buat berharga RM40,000 daripada ukiran kayu jati yang ditempah kerabat diraja,” katanya.

“Kerja membuat batu nisan memberikan kesedaran tentang hidup,” katanya. – myMetro Online

Kategori