Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

12 Kandang Baharu Zoo...

TAIPING - Majlis Perbandaran Taiping (MPT) yakin usaha membina 12 kandang pameran baharu...

Aktiviti Di Kota Raya...

KUALA LUMPUR - Pergaduhan di Kompleks Kota Raya semalam tidak menjejaskan kunjungan orang...

Bekas ASP, 2 Rakan...

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pegawai polis berpangkat Asisten Supritendan (ASP) dan dua...

Nenek Buang Bayi Di...

TASEK GELUGOR - Tidak sampai 24 jam, polis berjaya menahan seorang wanita dipercayai...

Perodua Tawar Bayaran Balik GST Secara Tunai

KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan mengembalikan bayaran penuh Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada pelanggan yang membeli, melakukan servis serta pembelian alat ganti kereta jenama itu bagi tempoh 18-31 Mei, 2018, sebelum GST berkadar sifar dilaksanakan pada 1 Jun ini.

Malah, bermula esok juga, para pelanggan Perodua akan menerima rebat tunai segera sebanyak 6.0 peratus bagi kenderaan yang diservis.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Datuk Dr Zahari Husin berkata pengeluar kereta itu akan memulangkan sepenuhnya jumlah GST itu secara tunai kepada pelanggan yang mendaftar atau untuk tujuan servis selain pembelian alat ganti.

“Inisiatif rebat GST itu memaparkan komitmen kami yang sentiasa mengutamakan pelanggan. Mereka yang berminat boleh mengunjungi 179 cawangan jualan untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Zahari, rebat GST itu merupakan inisiatif Perodua dan diharapkan akan dimanfaatkan pelanggan di cawangan jualan mahu pun pusat servisnya.


Bagi pelanggan yang membuat transaksi di mana-mana pusat servis hari ini, Perodua akan mengembalikan bayaran itu dalam bentuk e-baucar yang sah mulai 1 Jun ini.

Jumlah rebat GST itu adalah berdasarkan harga jualan bersih kenderaan itu tanpa aksesori GearUp, insurans dan bayaran jualan lain. – BERNAMA

Kategori