Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kementerian Cari Penyelesaian Terbaik...

JOHOR BAHRU - Kementerian Pendidikan masih belum membuat sebarang keputusan untuk membenarkan pelajar...

Suami “Frust” Lihat Wajah...

Seorang suami bangga memperisterikan seorang wanita cantik yang selama ini menjadi kegilaanya.Namun,alangkah terkejutnya...

Audit 1MDB: Najib Mengaku...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini...

Sukan SEA: Pingat Emas...

KONTINJEN Malaysia kehilangan satu pingat emas yang dimenangi atlet gimrama negara Izzah Amzan...

Pesara Swasta Miliki Alat Pemancar Didenda RM9,000

IPOH – Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang pesara swasta RM9,000 atas dua kesalahan kerana memiliki alat pemancar audio video tanpa wayar yang tidak diperakui hingga menyebabkan gangguan frekuensi di kawasan sekitar kejadian, tiga tahun lepas.

Hakim Norashima Khalid menjatuhkan hukuman itu terhadap Chung Heng Pong, 55, selaku orang kena saman (OKS) selepas pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Mandarin.

OKS didakwa menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui sebagaimana dikehendaki Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 iaitu satu set alat pemancar audio video tanpa wayar dan penerima video signal tanpa jenama di sebuah rumah di Kledang Permai, Menglembu, 14 Sept 2015.

Mengikut kertas pertuduhan, OKS didakwa melakukan kesalahan mengikut Peraturan (16) (1) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 kerana menggunakan kelengkapan tidak perakui yang memperuntukkan denda RM100,000 atau penjara hingga enam bulan, jika disabit kesalahan.

Selain itu, OKS turut didakwa menerusi Seksyen 238(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) kerana menyebabkan suatu pancaran radio daripada kelengkapan tidak standard yang memperuntukkan denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan, jika disabit kesalahan.

Peguam Ng Keem Foong yang mewakili OKS memohon denda dikurangkan kerana Chung tidak mempunyai pendapatan tetap.

Bagaimanapun Norashima menetapkan denda RM5,000 bagi pertuduhan pertama dan RM4,000 bagi kesalahan kedua.


Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SKMM Norhani Mohamad Azhar.

Mengikut fakta kes, pada 13 Julai 2015, pegawai daripada Pejabat Wilayah Utara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) membuat aduan mengenai gangguan frekuensi yang disyaki berpunca daripada premis No. 9, Jalan Kledang Permai 16, Menglembu, di sini yang mana aduan awal diterima daripada Packet One Networks Malaysia berhubung gangguan frekuensi yang dikesan di stesen pemancar F1.

Bertindak atas aduan itu, pada 14 Sept 2015, satu operasi serbuan oleh pasukan SKMM telah dijalankan ke tempat kejadian dengan bantuan pihak polis dan mendapati frekuensi adalah aktif serta datang daripada peralatan ‘CCTV AV Transmitter’ yang ditemukan di pemis tersebut. – BERNAMA

Kategori