Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Abdul Rahim: Pandu Helikopter...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles PERISTIWA yang membawa kepada penganugerahan pingat Panglima Gagah Berani...

Antara Penyamar LHDNM Dan...

Pada 10 Jun lalu media melaporkan Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman denda RM1,000 terhadap...

Redza Rosli Kemalangan Motor...

NASIB tidak menyebelahi pelakon Redza Rosli apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam satu...

HSR: Malaysia Bayar Pampasan...

KUALA LUMPUR - Malaysia telah membayar sebanyak SG$102.8 juta (RM320.27 juta) kepada Singapura...

Pesawah Mohon Pemotongan Pemutuan Dikurang

SEKINCHAN – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diminta mengurangkan kadar pemotongan pemutuan padi kepada pesawah di kawasan Sekinchan di sini berikutan potongan sedia ada dianggap terlalu tinggi.

Calon BN Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi berkata pesawah memohon supaya pemotongan pemutuan itu dikenakan setakat 17 peratus sahaja berbanding 20 peratus pada masa ini.

“Mutu padi yang dihasilkan pesawah khususnya di Sekinchan adalah antara yang terbaik di seluruh negara dan pemotongan ini memberi lebih kerugian kepada mereka.

“Mereka sudah berusaha sebaik mungkin menanam padi, ditambah dengan penyakit hawar daun bakteria (BLB) yang mengurangkan hasil mereka, pemotongan mutu ini juga dilihat akan menambah bebanan mereka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebelum ini pesawah mengeluh tiada bantuan ketika menunggu hasil padi masak, maka ketika Bajet 2018 lalu, perdana menteri mengumumkan Bantuan Khas Sara Hidup sebanyak RM200 sebulan selama tiga bulan kepada mereka.


“Selain itu, kerajaan BN juga membantu menerusi pemberian subsidi baja dan racun kepada mereka supaya dapat meningkatkan hasil padi,” katanya. – BERNAMA

Kategori