Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Rampas 410 Kotak...

JOHOR BAHARU - Polis merampas 410 kotak berisi bunga api bernilai RM240,000 dalam...

Umur 12 Tahun Makan...

MOSCOW - Budak perempuan berusia 12 tahun mengaku makan daging manusia malah menceritakan...

Pelajar Maut Motosikal Yang...

KEMAMAN - Seorang pelajar Tingkatan Satu maut selepas motosikal yang dinaiki bersama rakannya...

‘Tamat Riwayat’ NUFAM, MASEU...

KADANG kala timbul juga rasa bosan, jelik malah meluat pun ada apabila tengok...

Peserta Acara Larian Mati Ketika Hampiri Penamat

CEMAS… Acara Larian Santai, Sihat, Cantik bertukar tragedi apabila dikejutkan dengan kematian seorang peserta dan berlaku semasa lariannya semakin hampir ke garisan penamat, hari ini.

Kejadian di hadapan Sekolah Kebangsaan Bandar Perda, Permatang Pauh, Pulau Pinang sekitar 8.42 pagi menyaksikan Baharuddin Jalil, 56, terjatuh pengsan dan terus tidak sedarkan diri ketika sedang berlari.

Lapor portal berita tempatan Sinar Harian, sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang berada di lokasi kejadian segera membawa mangsa tersebut ke Hospital Bukit Mertajam.

Bagaimanapun, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebelum mendapatkan rawatan. Acara larian tersebut dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid ketika dihubungi media telah mengesahkan mengenai kejadian berkenaan.

Siasatan awal mendapati lelaki tersebut dipercayai mati akibat penyakit yang dialaminya dan punca kematiannya tidak ada unsur jenayah.


“Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya.

Program larian bermula di Politeknik Seberang Perai dan dirasmikan oleh Pengerusi Pembangunan Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori