Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

5 Pekerja Asing Terbabit...

KUALA LUMPUR: Lima daripada sembilan pekerja asing yang terbabit dalam runtuhan tapak pembinaan...

Syawal Bermakna Buat Siti...

KALI ini, sambutan lebaran penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan...

MB, KM Bincang Tarikh...

GEORGETOWN: Menteri Besar dan Ketua Menteri dari enam negeri dijadual menghadiri mesyuarat pada...

Kesemua Mangsa Rentung Di...

KUALA NERUS - Jenazah empat sekeluarga yang ditemui rentung dalam sebuah kereta di...

Petekma Cadang Bangun Aplikasi Khidmat Teksi

KUALA LUMPUR – Akur dengan kemajuan teknologi, Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma) bercadang membangunkan sebuah aplikasi mudah alih di telefon pintar bagi menawarkan perkhidmatan mereka.

Presidennya, Mohd Syahrir Abdul Aziz berkata, melalui aplikasi itu penumpang boleh membuat tempahan dengan mudah tanpa menggunakan khidmat pihak ketiga.

“Pada pandangan saya, adalah lebih baik sekiranya pengusaha teksi sendiri yang membangunkan aplikasi ini. Biarlah pengusaha kita yang mengendalikannya sendiri. Kita tak nak ada pihak ketiga,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara, di Bernama News Channel (BNC) di sini, malam ini.

Menurutnya, cadangan itu sudah dikemukakan kepada kerajaan menerusi pertemuan bersama Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), baru-baru ini.

Sebelum ini, persatuan tersebut menggesa kerajaan mengharamkan perkhidmatan teksi Uber dan Grabcar yang disifatkan menjejaskan pendapatan pemandu teksi selama ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Teksi

Kategori