Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Perkenal Dasar ‘Manhaj...

PUTRAJAYA - Kerajaan memperkenalkan Dasar Manhaj Rabbani sebagai dasar pentadbiran Islam yang berpaksikan...

Nora Danish Fail Saman...

BERIKUTAN kenyataan panas Fasha Sandha baru-baru ini menerusi laman Instagram yang dikatakan membabitkan...

1MDB Buat Bayaran Penuh...

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) telah membuat pembayaran penuh yang dijadualkan...

Lelaki Parah Dihempap Kereta...

KUALA TERENGGANU - Pesara Jabatan Kimia, Musa Ngah, 55, yang cedera parah selepas...

Petinju Dari Johor Raih Juara Di Singapura

HEBAT… Seorang petinju dari Johor terus menyerlah apabila mengungguli kejohanan KBX Boxing Evolution dalam kategori super middleweight  di Singapura, pada Sabtu lalu.

Adli Hafidz Mohd Fauzi juga bekas petinju amatur negara meraih kemenangan apabila berjaya menumbangkan petinju Indonesia, Akbar dengan hanya dua minit 18 saat pada pusingan pertama melalui pukulan KO (knock out).

Menurut portal Harian Metro, pemenang pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) itu melakar kemenangan pertama apabila menumbangkan petinju Thailand, Komsun Vongsurin dalam kategori lightweight bagi kejohanan di Bangkok, April lalu.

“Ini pertandingan kedua saya tahun ini dan saya bangga dengan pencapaian yang diraih. Nampaknya, penghijrahan saya ke profesional tampak berbaloi.

“Secara keseluruhan terdapat lima pertandingan yang harus saya sertai, dua pertandingan di Bangkok dan Singapura yang sudah saya lepasi dan kini perlu mengharungi tiga lagi pertandingan di Malaysia untuk memperbaiki ranking.

“Jika saya berada dalam kedudukan kelompok terbaik, maka peluang saya untuk memburu tali pinggang Asia Pasifik bagi kategori super middleweight cerah,” katanya.


Tambahnya lagi, kejayaan yang dimiliki ini mampu menutup mulut pengkritiknya selepas tewas kepada Marvin John Nobel Tupas dari Filipina pada final KL2017 dalam kategori 81 kilogram menerusi TKO (technical knock out).

Adli mensasarkan kemenangan tali pinggang super middleweight bagi peringkat rantau Asia Pasifik yang akan berlangsung tahun ini.

Bagi mencapai hasratnya itu dia akan menjalani latihan di bawah bimbingan Mark Mulv di Kelab Tinju Knowsley Vale di Liverpool, England selama dua minggu.

Dia berharap melalui latihan tersebut kemahirannya dalam meninju akan jadi lebih baik terutamanya dari segi skil dan teknik untuk berhadapan lawan dalam gelanggang kelak. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori