Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

PM Terima Kunjungan Hormat...

PUTRAJAYA - Menteri-menteri kewangan dan gabenor-gabenor bank pusat ASEAN pada Jumaat mengadakan kunjungan...

3 Direman Kekecohan Program...

SHAH ALAM - Polis hari ini memperoleh perintah mahkamah bagi mereman tiga remaja...

Melayu Patah Hati, Kurang...

MENGGUNAKAN nama Islam sebagai tujuan perjuangan, namun semua itu hanya alasan bagi mengalih motif...

Kerajaan Tambah Unit PPA1M...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menimbang cadangan menambah projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia...

PH Perak Yakin Manifesto Dapat Dilaksana Tahun Ini

IPOH – Pakatan Harapan (PH) Perak yakin segala janji yang ditawarkan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas, dapat dilaksanakan pada tahun ini.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata beliau serta barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) telah mengadakan perbincangan mengenai perkara tersebut.

“Kita perlu menunaikan segala tanggungjawab dan janji dalam tawaran yang kita buat pada PRU14 lepas. Pada mesyuarat Exco lepas, kita telahpun membincangkan tentang manifesto PH.

“Saya juga berbincang dengan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Ghazali Jalal dan beliau memberi komitmen kepada kerajaan untuk bersama membantu melaksanakan segala tawaran atau janji PH pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Iftar Perdana yang dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di perkarangan kediaman datuknya di Gugusan Manjoi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata dalam tempoh 100 hari pentadbiran PH di Perak, beliau akan cuba menyegerakan pemberian air percuma kepada golongan sasar.


“Seperti yang dimaklumkan, kerajaan Persekutuan pada 1 Jun nanti akan memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Oleh itu saya berharap dengan pengumuman seperti ini dapat menjadi bukti bahawa kita (PH) akan melaksanakan janji kita.

“Bagaimanapun saya berharap jika ada beberapa perkara yang masih belum dapat dilaksanakan dengan cepat kerana kerajaan yang baru kami tubuhkan ini memerlukan sedikit momentum, kami akan berusaha untuk lakukan dengan segera,” katanya.

Pada PRU14 lepas, PH Perak menggariskan lima teras merangkumi 31 janji antaranya bantuan khas warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya serta veteran tentera dan polis, di samping penubuhan institusi pembangunan wanita bagi meningkatkan keupayaan dan ketrampilan komuniti wanita daripada pelbagai aspek pengurusan diri, keluarga dan kerja. – BERNAMA

Kategori