Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

VVIP Bank Rakyat Mengaku...

KUALA LUMPUR - Dua individu berprofil tinggi dalam Bank Rakyat hari ini mengaku tidak...

(TIDAK RASMI) BN Mendahului...

PETALING JAYA : Barisan Nasional (BN) mendahului di 16 kerusi Parlimen pada Pilihan...

Doktor Keluarkan Surat Cuti...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan hari pertama terhadap isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri...

Perniagaan MLM, Menguntungkan Atau...

Rata-rata kalangan kita pasti pernah mengalami senario dipaksa memasuki "skim perniagaan cepat kaya"...

PH Sebenarnya Tidak Sedia Bentuk Kerajaan – PAS

PUSAT Penyelidikan PAS (PPP) menyifatkan Pakatan Harapan (PH) sebenarnya belum bersedia untuk membentuk kerajaan selepas menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu.

Menurut pengarahnya, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki, kerajaan baharu itu kelihatan kelam-kabut dan tergopoh-gapah lebih-lebih lagi dalam tindakan menyiasat dakwaan kesalahan dan menghentikan projek kerajaan terdahulu.

Memetik laporan Malaysiakini, beliau berkata kerajaan PH diterajui Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebenarnya tidak menjangka mereka akan diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negara dalam PRU14.

Perkara ini jelas dilihat apabila PH langsung tidak bersedia untuk membentuk kabinet dengan segera selepas kemenangan mereka malahan ia masih lagi belum lengkap sehingga kini.

“Pembentukan kabinet jelas kelam-kabut, sehingga hari ini mereka masih belum menamakan dengan lengkap kementerian yang perlu ada.

“Lebih malang, seorang yang telah pun mengangkat sumpah menteri besar tiba-tiba dinamakan sebagai menteri di peringkat pusat,” katanya kepada portal berkenaan.

Mohd. Zuhdi berkata demikian merujuk kepada isu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dinamakan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor.

Sekadar imbas kembali, Mahathir mengangkat sumpah pada 10 Mei yang lalu dan kemudiannya menamakan tiga orang menteri kanan pada 12 Mei dan sepuluh lagi menteri pada 18 Mei.

Beliau kemudiannya mengumumkan bahawa jemaah kabinet akan terdiri daripada 25 hingga 30 menteri namun senarai penuh akan dimaklumkan kemudian.

Dalam pada itu, Mohd. Zuhdi menyifatkan tindakan kerajaan yang tergopoh-gapah menyiasat pemimpin kerajaan terdahulu dianggapnya bersifat populis dan hanya dilakukan untuk menaikkan populariti dalan kalangan rakyat.


“Ini menyebabkan keyakinan umum terhadap profesionalisme jentera kerajaan boleh terhakis,” ujarnya.

Beliau mengulas mengenai siasatan yang dilakukan terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu 1MDB, yang menjadi antara fokus utama kerajaan PH.

Selain itu, Mohd. Zuhdi turut mengkritik tindakan kerajaan PH yang mahu serta-merta menghentikan pembangunan terdahulu termasuk projek yang melibatkan pelaburan asing.

Ujarnya, tindakan itu boleh menyebabkan pelabur antarabangsa dan domestik hilang keyakinan terhadap hala tuju ekonomi negara.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya memfokuskan tujuan mereka kepada pembentukan kabinet lengkap yang mantap dan diyakini oleh rakyat.

Beliau juga menasihatkan kerajaan PH supaya meninggalkan gaya politik sebagaimana yang dilakukan sewaktu menjadi pembangkang sehingga mengabaikan kepentingan negara.

“Keutamaan PH menyegerakan tindakan populis ini, di masa yang sama lambat membentuk kerajaan akan merugikan negara,” tuturnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori