Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Swafoto Dengan Suami, Tiba-Tiba...

SEORANG ibu mendapat kejutan yang tidak disangka-sangkanya. Ketika suaminya membawa dia keluar makan...

Permohonan Khalid & Ismail...

KUALA LUMPUR - Permohonan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan...

Sindir Mahathir Lebih Bijak...

SINIS... Ketua Pemuda BN, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki persoal kenyataan Penasihat DAP,...

Jakim Tak Pernah Keluar...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menegaskan bahawa jabatan...

PH Tak Tutup Pintu Kepada Pembelot Tetapi Ada Syarat

PETALING JAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan (PH) hanya akan menerima pembelot daripada Barisan Nasional (BN) sekiranya mereka bebas daripada sebarang pertuduhan di mahkamah dan telah berikar untuk tidak lagi setia kepada BN.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata setiap pembelot akan diperhatikan dan tahap penglibatan mereka dalam kerajaan terdahulu akan dikaji.

“Kerajaan terdahulu diketuai pemimpin-pemimpin tertentu. Tetapi jika mereka (pembelot BN) dah bersumpah menghentikan kesetiaan terdahulu dan bebas daripada sebarang pertuduhan dan mahu menyertai mana-mana parti atau menjadi bebas tetapi menyokong PH, kita akan sokong mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan kenapa PH menerima ramai pembelot BN pada sidang media untuk mengumumkan pembentukan Kabinet di Wisma Yayasan Selangor, di sini hari ini.

Dalam sidang media itu, Dr Mahathir menamakan calon tiga jawatan kanan dalam barisan Kabinet baharu iaitu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan.

Sebagai rujukan kepada Sarawak, Dr Mahathir berkata perbincangan masih dijalankan antara PH dan pemimpin negeri.


“Kami berjumpa dengan ramai orang dalam kerajaan Sarawak dan kami akan melihat sama ada ia memberi manfaat kepada kami atau tidak dan kami akan bertindak sewajarnya,” katanya.

Semalam, Dr Mahathir mengadakan perbincangan dengan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di Kuala Lumpur untuk kemungkinan BN Sarawak menjadi sekutu PH dalam kerajaan baharu. – BERNAMA

Kategori