Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kota Kecil Itali Sambut...

ROM - Penduduk Ostana, sebuah kota kecil di wilayah utara Itali, sebelum ini...

Mohd Salleh Sedia Dengar...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu Datuk Seri Panglima Dr Mohd...

Mulut Matador Ditusuk Tanduk...

Guadalajara, Mexico - Seorang matador berdepan detik cemas apabila mulutnya ditusuk tanduk lembu...

Mayat 7 Imigran Dalam...

TRIPOLI - Sebuah lori sejuk yang ditinggalkan terbiar di pinggir bandar Qarabulli, kira-kira...

PKR Beri Sokongan Padu Kepada Kepimpinan Dr. M

KUALA LUMPUR – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi sokongan padu PKR kepada kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang menerajui kerajaan baharu Persekutuan.

Anwar berkata beliau menyampaikan perkara itu kepada Dr. Mahathir semasa Perdana Menteri melawatnya di wad Hospital Rehabilitasi Cheras petang semalam.

“Saya juga telah sampaikan keresahan pimpinan yang memohon agar kaedah rundingan lebih merangkumi.

“Pandangan tersebut disambut baik oleh Dr. Mahathir namun harus diputuskan bersama oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook PKR hari ini.

Anwar berkata beliau juga menyampaikan pandangannya kepada kepimpinan PKR untuk memastikan kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Dr. Mahathir, yang juga Pengerusi PH, dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri, adalah mantap dan kukuh serta dapat menyempurnakan tanggungjawab dengan cemerlang.

“Saya menggesa rakan-rakan seperjuangan yang telah menerima mandat rakyat untuk segera menjalankan tugas-tugas menyelamatkan dan membina semula negara kita,” kata Anwar.


Semalam, Dr. Mahathir menamakan tiga anggota kabinet beliau iaitu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.

Ia susulan kemenangan PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lepas yang membolehkannya membentuk kerajaan Persekutuan – BERNAMA

Kategori