Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Najib Sertai Solat Hajat...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Datuk...

Jangan Cetus Kekecohan Di...

SHAH ALAM: Menjelang perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 2022, Selangor FC menentang...

RON95, RON97 Naik 2...

KUALA LUMPUR - Harga runcit RON95 naik dua sen seliter kepada RM2.04  manakala...

Saya Perlu Pertahankan Hak...

PELAKON kelahiran Singapura Harris Baba memberitahu dirinya berasa kurang selesa dengan sikap pengguna...

PM India Pemimpin Dunia Paling Disukai Di Laman FB

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi, yang menguasai bidang siber, adalah pemimpin dunia yang paling “disukai” di laman rangkaian sosial Facebook, lapor agensi berita China Xinhua memetik pendedahan satu laporan baharu.

Menurut laporan bertajuk “World Leaders on Facebook,” Modi mendapat sebanyak 43.2 juta tanda suka di Facebook, menjadikan kedudukan beliau jauh di depan pemimpin dunia lain termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, yang berada di tangga kedua dengan 23.1 juta tanda suka.

Laporan itu disediakan oleh firma komunikasi global, Burson Cohn & Wolfe, berdasarkan analisis sejumlah 650 halaman Facebook ketua-ketua negara dan menteri-menteri luar sejak 14 bulan lepas.

Modi dikatakan lebih menyukai media sosial berbanding TV, temu bual dengan media cetak atau sidang akhbar.

Di India, beliau mampu mendekati berjuta-juta rakyat hampir setiap hari menerusi media sosial.


Selain Facebook, beliau menggunakan Twitter untuk memberi ucapan kepada rakyat sempena perayaan serta bertukar-tukar mesej dengan selebriti dan menteri.

Modi mengambil alih jawatan pada Mei 2014 selepas Parti Bharatiya Janata pimpinan beliau menewaskan parti pemerintah ketika itu, Parti Kongres, yang terpalit dengan pelbagai skandal rasuah dan menerima kritikan hebat kerana gagal mengawal inflasi. – BERNAMA

Kategori