Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Isu Pusat Judi Haram:...

TERKINI: Datuk Seri Jamal Yunos ditahan polis di rumahnya di Ampang, 3 petang ekoran...

Jin Wei Sasar 10...

SEPANG – Pemain badminton perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei yang menyumbang pingat...

2 Ahli Parlimen Dapat...

DUA Ahli Parlimen iaitu Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) dan Khoo...

100 Hadir Sokong Tok...

RASAH - Lebih 100 penyokong Barisan Nasional (BN) hadir memberi sokongan kepada bekas...

PM Najib Puji Felcra Sedia Rumah Kondusif Belia

KUALA LIPIS – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menzahirkan penghargaan kepada Felcra Berhad atas inisiatif membangunkan projek Rumah Bina Negara (Rumah BN) untuk golongan belia di kawasan luar bandar.

Penghargaan itu dinyatakan Najib semasa sesi taklimat pembangunan projek itu bersama pengurusan tertinggi Felcra Berhad di tapak projek Rumah BN di Tanjung Gahai di sini, kata Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta (Felcra Berhad), Mohd Fauzi Mohd Tahir.

Katanya perdana menteri menyifatkan ia sebagai satu peluang besar kepada generasi muda di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai itu untuk memiliki rumah dan inisiatif itu juga dapat mengurangkan penghijrahan orang muda ke bandar semata-mata untuk memiliki rumah.

“Perdana menteri kata ia bagus untuk orang muda, selain mampu milik ia juga sangat kondusif untuk didiami,” katanya pada sidang media sejurus perdana menteri beredar daripada majlis itu.

Menurut Mohd Fauzi, perdana menteri yang memahami aspirasi anak muda juga berharap projek Rumah BN itu dapat disiapkan dalam tempoh 24 bulan seperti disasarkan.

Selepas sesi taklimat itu, Najib menyertai kira-kira 300 penduduk menikmati minum petang yang disediakan penganjur.

Perdana menteri turut meninjau tapak projek pembinaan 50 unit Rumah BN itu di kawasan seluas 5.5 hektar di sini sebelum meninggalkan majlis itu.


Mengulas lanjut, Mohd Fauzi berkata pembinaan rumah satu tingkat tiga bilik berkeluasan 750 kaki persegi seunit itu akan dimulakan Ogos ini selepas urusan berkaitan kelulusan pembinaan dimuktamadkan.

Ini merupakan projek kedua Rumah BN di Pahang selepas pembinaan 140 unit rumah sama di Sri Makmur, katanya.

Diilhamkan oleh Najib, Rumah BN yang dibangunkan Felcra Berhad bermatlamat menyediakan rumah mampu milik yang selesa, kondusif dan dilengkapi infrastruktur moden bagi mengekalkan golongan belia di desa. – BERNAMA

Kategori