Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Eduardo Almeida Hampir Pasti...

MELAKA - Jurulatih berasal dari Portugal, Eduardo Almeida hampir pasti menyertai pasukan Melaka...

Rosyam Nor Kongsi Kisah...

ROSYAM Nor atau nama sebenarnya Mohammad Noor Shamsudin merupakan seorang role model untuk pelakon...

“Kit Siang Bagi Tajuk...

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ‘membahan’ Veteran...

Zamri Salleh Ketuai TSG...

KUALA TERENGGANU - Pakar pecut Zamri Salleh akan mengetuai cabaran Pasukan Lumba Basikal...

Polis Dikejar Angkara Dendam Penjualan Dadah

POLIS sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung tindakannya menakut-nakutkan pegawai polis dengan mengejarnya menggunakan kenderaan, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah, berkata ketika pegawai polis itu dalam perjalanan dari Kampung Baru-Baru di Kota Belud menuju ke Tuaran, dia diekori sebuah Proton Wira Aeroback dipandu Samri Abil, 36, atau dikenali dengan nama ‘Oking’.

“Berikutan itu, pengadu (pegawai polis) meminta bantuan pihak polis dan pasukan polis peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud kemudian bergegas ke lokasi dan cuba menahan kereta suspek.

“Menyedari kehadiran kereta peronda polis (MPV), suspek bertindak agresif dengan memecut keretanya dan enggan berhenti.

“Susulan itu, anggota polis mengejarnya, namun suspek dapat meloloskan diri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, siasatan mendapati punca suspek mengejar kereta pegawai polis terbabit dipercayai akibat dendam terhadap pengadu yang memberi amaran kepada salah seorang pembantu suspek yang terbabit dalam penjualan dadah jenis syabu.


Beliau berkata, pengadu merasakan dirinya diancam oleh suspek yang cuba untuk menggertak dan menakut-nakutkannya.

“Sehubungan itu, polis kini giat mengesan suspek terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya. – myMetro Online

Kategori