Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Nasib Atlet Judo Perak...

PUTRAJAYA - Nasib atlet judo Perak yang gagal dalam ujian doping semasa Sukan...

BKM Fasa 4 Dikreditkan...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa Bantuan Keluarga...

Pemuda PAS Lapor Polis...

ALOR SETAR - Pemuda PAS Kedah hari ini membuat laporan polis terhadap laporan...

Jururawat ‘Digantung’ Rakam, Kongsi...

NEW YORK - Seorang jururawat di New York diarah menyerahkan lesen kerjaya kejururawatannya...

Polis Johor Tahan 42 Individu, Buka 122 Kertas Siasatan

JOHOR BAHRU – Polis menahan 42 individu dan membuka 122 kertas siasatan atas pelbagai kesalahan daripada tempoh pembubaran Parlimen sehingga selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata penangkapan dilakukan membabitkan empat fasa – ketika pembubaran parlimen, penamaan calon, hari mengundi dan selepas hari mengundi.

“Dalam pilihan raya kali ini, kita dapati semuanya berjalan dengan baik, cuma beberapa kes kita terpaksa melakukan tangkapan melibatkan 42 orang, dan kesemuanya telah diambil tindakan dan tiada masih ditahan reman atau dalam tahanan.

“Kesemua ditangkap merupakan lelaki tempatan dan diambil tindakan mengikut kesalahan atas seksyen masing-masing,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Antara kesalahan dilakukan melibatkan Seksyen 325 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 506 KK, Seksyen 506/509 KK, Seksyen 324 KK, Seksyen 186 dan 427 KK, Seksyen 186 dan 143 KK, Seksyen 186 KK, Seksyen 147 KK serta Seksyen 427 dan 186 KK.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis berjaya menyelamatkan dua warga Macau yang dikatakan diculik semasa dalam perjalanan dari Macau ke Singapura.

Mohd Khalil berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan daripada Interpol Bukit Aman, 12 Mei lepas pada 5 petang dan berjaya mengesan kedua-dua mangsa, seorang lelaki (57 tahun) dan seorang wanita (35 tahun) di negeri ini, dalam masa dua jam.

Polis berjaya mengesan kedua-duanya di sebuah hotel dan seterusnya membawa mereka ke balai polis untuk dokumentasi, katanya.


“Hasil siasatan, kita dapati ia bukan kes penculikan tetapi salah faham antara pihak sana dalam pengurusan perjalanan kedua warganya dan kita sudah maklumkan kepada pihak keluarga mangsa dan polis Macau,” katanya.

Beliau berkata satu laporan polis mengenai penafian diculik dan dikurung juga dilakukan kedua-dua mangsa dan mereka telah pulang ke Macau menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Changi, Singapura semalam (14 Mei).

Berhubung dakwaan wanita bernama “Lili” yang tidak dapat pulang ke tanah air kerana dokumen pengenalan diri dan pasportnya dikatakan diubah pihak berkuasa, Mohd Khalil menafikan dakwaan itu.

Beliau berkata pihaknya meneliti kesemua dakwaan wanita berkenaan dan sudah menjalankan siasatan termasuk berjumpa dengan anggota keluarga wanita terbabit.

“Daripada hasil siasatan, kita dapati wanita ini memang warganegara Malaysia, namun pada 2011 dia menghadapi masalah dengan keluarganya di mana lapan laporan polis dibuat berhubung perselisihan faham antara wanita itu dan keluarganya,” kata beliau. – BERNAMA

Kategori