Wednesday, January 8, 2025

Creating liberating content

Rozita Che Wan Bakal...

SELEPAS bergelar pelakon, pengacara dan ahli perniagaan, Rozita Che Wan atau Che Ta...

“Ini Jalan Terakhir Saya,...

SEORANG ibu yang juga merupakan rakyat Malaysia terkandas di luar negara bersama dua...

Polis Tahan 4 Remaja...

MACHANG - Gara-gara membuli dan memeras ugut sebanyak RM5 terhadap seorang pelajar sekolah...

Keselamatan Perairan Sabah: Polis...

KUALA LUMPUR - Dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara daripada ancaman luar, polis marin...

Polis Kedah Terima 5 Laporan Gagal Mengundi

ALOR SETAR – Polis Kedah hari ini menerima lima laporan daripada orang awam berhubung kegagalan untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pegawai Perhubungan Media Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah ACP Ab Rahaman Arsad berkata sehingga 4 petang tadi, lima laporan telah dibuat yang empat daripadanya dibuat di Balai Polis Jitra dan satu di Balai Polis Naka, Padang Terap.

“Empat laporan yang dibuat di Balai Polis Jitra dan Balai Polis Naka melibatkan kes pengundi yang membuat semakan telah dimaklumkan oleh kerani pusat mengundi bahawa nama mereka telah digariskan dan tidak dibenarkan mengundi.

“Satu lagi kes melibatkan kes nama pengadu tiada dalam daftar pengundi. Semua laporan yang diterima ini akan dirujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, secara keseluruhan proses pengundian di seluruh Kedah berjalan lancar dan tiada laporan kejadian yang menjejaskan perjalanan proses mengundi dilaporkan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PRU14

Kategori